A Blogger Again

Wah…agak lama jugak aku tidak memblogkan diri ini.


Welcome back inche’ zzarym.


Tika ini aku sedang berada di atas feri untuk ke tempat kerja. Ini rutin harian aku sejak hampir 9 bulan.


2009 akan menutup tirainya tidak berapa lama lagi.


Aku dan 2009…nothing much to say.


Aku masih lagi mencari kerja tetap walaupun kerja aku sebelum ini semuanya bertaraf tetap.


Sepanjang 2009 ini aku dah bekerja di 3 buah syarikat dengan temuduga yang berjaya sebanyak 4 tawaran.


Orang kata susah cari kerja tapi kerja itu banyak cuma jangan memilih.


Aku agak bertuah dalam hal mencari kerja kerana semua kerja yang aku minta berjaya dan berjawatan.


Tapi ….

(macam cerita melayu daa)


Di penghujung 2009 ni, aku sekali lagi terasa nak mencari pekerjaan baru.


Aku tau ramai yang tidak bersetuju dengan jawatan aku sebagai pengurus dan berpotensi mendaki sehingga pengurus besar tapi aku tak gembira.


Aku masih lagi mencari …


Betul kata mak, apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ni atau aku cuma berlari-lari dalam kehidupan ni.


Hmmm…kita tengok la kesudahannya nanti sama ada aku akan bekerja di tempat baru atau terus di sini.


Minggu ni adalah minggu terakhir aku bekerja di tahun 2009 dan aku akan menclearkan stok cuti aku hingga tahun depan.


Tapi ada kemungkinan minggu ini adalah minggu terakhir aku bekerja di pelabuhan ini.


Only God knows the whole story of my life.


Best of luck beb.

No comments: