Berhujan di pasar Ramadan. Petang ini aku janji bawa mak ke kedai Fong gunting rambut. Hujan turun tak henti-henti sejak jam 2 lagi. Bosan menunggu mak menggunting rambut, aku pun berpusing membuat u-turn dua tiga kali di tempat yang sama. Bodoh! Pergi lah ronda ke mana-mana dulu. Tapi aku memang aku, tak mungkin dapat mencari jalan ku sendiri andai tidak ditunjukkan jalannya.
Setengah jam berlalu, mak pun turun. Kami menuju ke pasar Ramadan Tanah Merah bersebelahan Yawata. Pasar Ramadan yang pertama aku singgah di tahun 2006. Tiba saja, hujan dah turun lebat. Parking macam biasa, susah nak dapat. Bila lah agaknya Majlis Perbandaran ini nak gubal sistem baru. Sediakan tapak yang luas khusus untuk tapak pameran, pasar malam, dan aktiviti lain yang lengkap dengan kawasan meletak kereta yang tersusun. Keselematan orang ramai pun terjamin sedikit daripada membeli di bahu jalan yang sesak dengan kenderaan-kenderaan bermotor.
Mak tak masak sebab tak sihat. Jadi terpaksa juga lah beli lauk di pasar Ramadan. Mulanya mak berkongsi payung dengan aku tapi kemudian mak berkongsi pula payung dengan sesiapa saja yang hampir dengannya. Dari satu payung ke satu payung dia singgah sambil membeli lauk-pauk dan kuih-muih. Tercengang-cengang juga lah mamat-mamat dan cik kak-cik kak itu. Tapi mak aku tak kisah, janji dia dapat membeli dengan cepat dan tak kena hujan.
Aku pula seperti biasa berhati-hati di jalanraya. Banyak sungguh accident payung yang berlaku di depan mataku. Aku sendiri hampir-hampir menjadi Kassim Selamat gara-gara tercucuk bucu besi payung. Tapi seronok juga sekali sekala membeli-belah di dalam hujan begitu. Indah sekali rasanya. Hilang aku seketika dalam ramai dan riuh-rendah manusia-manusia itu. Bisa saja aku menghalunasikan diri ini ke dunia ciptakan ku sendiri pada bila-bila masa yang aku kehendaki.
Tiba-tiba suara penjual kedengaran memekik-mekik melariskan jualannya. Si pembeli berebut-rebut minta didahulukan mahunya. Makcik-makcik masih sempat berborak riang menyumbang suara pada keriuhan pasar itu. Cik abang masih sempat bermain mata dengan si gadis manis yang berselindung di balik payungnya. Anak kecil itu suka benar bermain lecak hingga dimarahi ibunya yang seharian menahan marah. Bapa-bapa yang amarah menderumkan enjin keretanya sekuat mungkin tanpa mengendahkan makcik tua yang terbongkok-bongkok di kaki jalan.
Pasar Ramadan ini masih berwajahkan manusia-manusia yang sama. Aku pulang ke rumah menantikan maghrib yang paling ditunggu-tungu semua. Aku terfikir mungkinkah hari ini dan semalam itu berbeza. Adakah esok akan menjelmakan wajah yang baru.

No comments:
Post a Comment