
Just one Cornetto,
give it to me,
delicious ice-cream, from Italy,
vanilla and strawberry dream,
Give me Cornetto,
from Walls' ice cream.
Dua teman yang berbeza dunia …
oit...buat pa? Jom keluaq...hehe - SMS Hadie kepada Aidy.
Pi mana??- tanya Aidy.
Jom try cornetto baru – balas Hadie.
VROOOOMMMM….
“Pon! Pon!”, bunyi hon kereta Proton Saga Aidy.
“ahaha…apa pakai baju sama colour nih!”sergah Hadie lalu menutup pintu kereta.
“aiyooo…lu pakai baju hijau gak apsal!”Aidy membelek bajunya lalu tertawa.
“Lain kali kena set pakai baju colour apa dulu sebelum keluaq. Buat malu ja pakai baju sama colour”, cadang Hadie kepada Aidy.
“tu la, lain kali tolong confirmkan warna baju anda sebelum ajak orang keluaq”, kata Aidy lalu mentertawakan diri masing-masing bersama Hadie.
Setelah puas meronda-ronda dengan kereta, lalu Aidy bertanya, “mana mau pi lagi?”
“Henti mana-mana supermarket, jom cari aiskrim Cornetto baru”, kata Hadie.
Setelah misi mencari aiskrim Cornetto selesai …
“Nah! Satu untuk kau, satu untuk aku”, sambil tersengeh-sengeh Hadie menghulurkan cornetto kepada Aidy.
“Mana mau lepak makan aiskrim nih?” kata Aidy lalu terus memandu.
“Ada rumah contoh baru buka kat Jenan. Jom pi tengok, boleh lepak situ sekali”, Hadie memberi cadangan.
“Set”, kata Aidy seperti biasa bersetuju saja.
10 minit kemudian, dua badigol itu pun tiba di rumah contoh tersebut iaitu pada pukul 6.30 petang.
“Ini la rumah makcik gua”, kata Aidy dengan selambanya lalu memberi salam. “Assalamualaikum.”
“Apa makcik lu nih, tak buka pintu pun. Dah cair aiskrim gua”, lampu hijau Hadie kepada lawak Aidy.
“Gua ingat depa nih pi overseas la…(hehehe). Kunci pun cari tak jumpa” Aidy berpura-pura mencari kunci rumah.
“Tak pa, kita lepak kat tangga nih ja la”, sambung Aidy lagi.
Lalu, kedua-dua badigol itu pun menikmati aiskrim yang diidamkan itu di atas tangga sambil membuat lawak bodoh mereka.
“Allahuakbar! Allahuakbar!”, kedengaran sayup-sayup suara azan maghrib.
“Mak gua kata waktu maghrib tak boleh merayau kat luar rumah. Nanti terpijak kepala anak setan”, kata Aidy disambut gelak ketawa mereka berdua.
“Kalau macam tuh, kita lepak sini dulu la. Lepas maghrib baru kita blah, jadi tak la pijak kepala anak setan”, kata Hadie pula.
Lalu mereka berdua pun menyambung bicara mereka. Kadang-kadang serius tetapi lebih banyak merapu. Jam pun menunjukkan hampir pukul 8 malam.
“Jom la, dah lewat nih”, kata Hadie.
Lalu beredar lah kedua-dua badigol itu.
“Ha! Ha! Tak tau. Pak guard dah tutup pagar”, kata Aidy lalu ketawa.
Hadie turun cuba membuka pintu pagar.
“Alamak, dia kunci daa”, kata Hadie.”Jom cari pintu keluar lain.”
Walaupun terkurung, tetapi kedua badigol itu masih mampu tertawa riang dengan lawak bodoh mereka. Maka berpusing-pusing lah mereka dengan kereta mencari jalan keluar namun hampa.
“Wahaha...tu la. Cepat telefon makcik lu suruh pak guard buka gate”, kata hadie kepada Aidy.
“Adoi laa…gua tamau tidoq sini la”, jawab Aidy dengan muka blurnya.
“Itu la, buat kerja bodoh lagi dua-dua orang”, kata Hadie sambil ketawa. “Jom cari office, mesti ada orang kat sana.”
Malangnya tiada orang di pejabat pengurusan. Hampir berputus asa mereka apabila ternampak akan mereka bayang-bayang orang di dalam salah sebuah rumah contoh di situ.
“Assalamualaikum.”
Salam mereka berkali-kali tidak dijawab.
“Tadi nampak macam ada orang tapi tak jawab pula”, kata Aidy.
“Nampaknya tidur sini la kita malam ini ditemani oleh unggas-unggas dan nyamuk yang gemar akan darah diraja mu itu”, kata Hadie lalu ketawa.
“Ehh...malam ni malam apa?” tanya Aidy mintakan kepastian.
“Malam Jumaat semalam la, malam ni malam Sabtu. Lu la nih, buat lawak lagi kata ada rumah makcik lu kat sini lah”, kata Hadie.
“Rumah contoh nih pun kunci semuanya. Kalau tidak boleh kita tidur dalam rumah contoh malam nih”, kata Aidy sambil menampar-nampar nyamuk.
“Hah! Tu ada bayang orang, kata Hadie lalu cepat-cepat memberi salam.
Lalu tampil lah jua pakcik guard yang dicari-cari.
“Hah! Buat apa kat sini malam-malam nih?” sergah pakcik guard.
“Syukur, ingat tak ada orang tadi. Kami tak boleh keluaq pakcik, gate kunci” terang Hadie kepada pakcik guard.
“Hampa berdua buat apa kat sini malam-malam nih?” tanya pakcik guard sekali lagi.
“Kami mai nak tengok rumah contoh kat sini, tak tau pula ada had masa lawatan”, kata Aidy.
“Kami dok tengok hampa dua orang lama dah tadi. Saja ja tak jawab salam, ingat hampa dua dok buat projek dalam gelap.
“Aihhhh…kami sama spesis la pakcik”, kata Hadie.
Ketawa besar Hadie dan Aidy mendengar kata-kata pakcik guard itu. Akhirnya mereka berdua pun dapat keluar dari kawasan itu.
“Entah apa-apa la pak guard tu ingat kita buat projek. Lu la rambut panjang macam perempuan”, kata Hadie.
“Hahaha…sumpah balik gua potong rambut”, kata Aidy sambil ketawa.
“Apa la pak guard sangka buruk kat kita. Saja tak jawab salam, nak kenakan kita”, kata Hadie lagi.
“Nasib baik kita satu spesis. Kalau betul pun ada orang buat projek, patut pi la tegur dan bagi nasihat”, kata Aidy.
“Ini biarkan lagi orang buat maksiat”, sambung Aidy lagi.
“Itu la, tua saja…langsung tak tunjuk teladan baik. Lagi mau sangka buruk kat orang muda macam kita”, kata Hadie sambil mengesat air mata kerana terlalu banyak ketawa.
“Apa lu nangis nih. Relaks la...kena tangkap basah ja, bukan kena apa pun”, Aidy terus membuat lawak.
“Ya la, gua sedih la kena tangkap basah…dengan lu pula tu”, kata Hadie lalu ketawa.
“Siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka”, sambung Hadie.
“Wahaha…nabi tak mengaku umat tuh”, kata Aidy dan ketawa lagi.
“Walaupun kita tak sembahyang maghrib tapi kita tak buat benda-benda dosa macam tuh”, kata Hadie.
Kedua sahabat itu pun terus ketawa sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah.
-
Cornetto Tangkap Basah
kata tanpa suara
Mr.Ay-z
at
1:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
muaahahaha...
inilah cerita paling lawak yg pernah pakcik baca di pagi ramadan...
oh tidak.. pahalaku bertaburan akibat ketawa tak terhingga..
apa ni pak aji, lupa daratan btui la bulan2 posa nih.. cuba bawak ngucap banyak2..
Post a Comment