Hari ini aku memang dah plan nak keluar Alor Star. Tujuan utama nak register prepaid di Celcom. Aku pergi berdua denga Hadie. Almaklum lah bila kami berdua, perkara-perkara yang tak dijangka, pelik, lucu, tak diingini pasti akan berlaku.
Tiba di bangunan Celcom, kami dah tersalah jalan. Terpaksalah bayar 35 sen duit tiket untuk satu pusingan yang kurang dari 2 minit itu. Tiba-tiba hujan turun pula. Nak tak nak kena redah juga. Nasib baik hujan rintik-rintik. Masa naik tangga, baru kami perasan yang sebiji kereta lagi boleh masuk di kotak parking kereta kami (wuahahaha). Makumlah, kereta kancil yang di parking rapat ke dinding depan.
Jam 4, tolong ambil duit kutipan parking pak usop. Selepas itu, kami cadang nak ke Giant yang baru dibuka di Souq Bukhary, Jalan Tun Razak. Hujan lebat dan orang yang ramai telah membatalkan niat asal kami. Lalu kami pun meronda-ronda lah di dalam hujan dengan kereta kancil itu.
Disebabkan kami berdua tak ada kerja, datanglah idea bodoh untuk meronda-ronda mencari rumah kawan-kawan lama. Destinasi pertama...rumah dyda (hohoho). Jalan rumah dah jumpa tapi rumah tak ingat yang mana satu. Jadi, kami pun blah lah dari situ. Di persimpangan jalan, Tiba-tiba saja aku dan Hadie berpandangan antara satu sama lain lalu terburailah ketawa yang tak keruan.
Rupa-rupanya kami berdua tanpa bersepakat mentertawakan pakcik berjubah putih dan berkain serban merah di kepala yang lalu dengan skuter merah di simpang jalan itu. Apa kejadahnya kami gelakkan pakcik itu tanpa usul periksa. Siasatan yang dijalankan mengesahkan bahawa tidak terniat sedikit pun di hati kami mentertawakannya dengan niat mengutuk, menghina atau mempersendakannya. Sesungguhnya kami sendiri tak pasti akan sebab musabab kami mentertawakanya. Inilah yang dikatakan mangsa keadaan. Maafkan kami pakcik …hehehe.
Kancil ku terus bergerak perlahan bukan kerana hujan yang semakin lebat tetapi mimikirkan kisah dan teladan mentertawakan pakcik yang menjadi mangsa keadaan tadi. Belum pun reda kebingungan tadi, tiba-tiba kami berhenti di persimpangan dilema. Langgar-Pokok Sena kiri, Pendang-Kota Sarang Semut kanan. Ke mana arah harus dituju. Sedar kereta kami telah berhenti hampir 5 minit, lalu naluri hati mengatakan kanan. Tanpa tujuan dan maksud sebenar, kami pun menuju ke Pendang atau Kota Sarang Semut.
Pemandangan alam maya ternyata cantik sekali. Hamparan permaidani hijau sawah bendang itu mengamit semangat balik kampung di hari raya ini (hehehe). Lembu-lembu sibuk meragut rumput di dalam hujan. Sekawan bangau bermain-main riang di sawah itu. Di pekan Pendang kami lihat banyak lemang-lemang di bakar di tepi-tepi jalan. Kali ini kami cari rumah Filah pula. Jalan sudah betul, rumah juga tak ingat yang mana satu.
Setelah gagal mencari rumah Filah, kami cuba pula mencari MRSM Pendang. Tiba-tiba kami terbaca sign board “Rumah Tok Kadi”. Pertama kali nampak sign board macam itu. Hadie pun menyanyi-nyanyi lagu “ku pinang-pinang tak dapat, ku bawa lari rumah tok kadi”. Jadi sesiapa yang plan nak kawin lari, boleh lah datang ke Pendang kerana pasti tak susah cari rumah tok kadi (wuahahaha).
Bila dah tak tahu nak cari apa, kami pun beransur pulang ke Alor Star. “Jalan ke rumah tok imam”. Hmmm…kenapa pelik-pelik sign board di pekan Pendang ini. Rasanya, kalau kami meronda-ronda lagi di pekan Pendang ini pasti akan berjumpa dengan sign board ke rumah tok siak, tok mudim, tok bidan dan tok –tok yang seangkatan dengannya (hehehe).
Bila sampai di persimpangan ke Alor Star, terlihat pula sign board ke Kuala Sala. Tertarik sungguh pada nama Sala itu. Apakah gerangannya sala itu, buah kah atau tumbuhan kah? Dengan tindakan luar kawal, kereta ku membelok ke simpang menuju ke Kuala Sala. Di sana kami terjumpa dengan Bata Samad dan Santan Indah. Ternyata kawasannya masih dalam suasana kampung yang di kelilingi dengan sawah bendang.
Melalui jalan sempit yang dihimpit kedai-kedai kayu ala-ala zaman penjajah, kami terlihat perkampungan kecil nelayan. Meniti kami di atas jambatan batu itu sambil melihat bot-bot kecil berlabuh. Perasaan ku sukar digambarkan denga kata-kata. Dari dalam kereta aku melihat di kiri dan kanan ku deretan rumah kayu usang yang tak terurus masih berpenghuni. Di bawah rumah mengalir air laut berlumpur kotor lagi berbau mengikut fikiranku. Anak-anak kecil bermain sampan sabut kelapa di dalam hujan. Di kedai-kedai kecil tersusun tin-tin minyak berisi biskut dan barangan lain keperluan harian penduduk kampung mungkin.
Kami terus menjelajah ke pelusuk kampung Kuala Sala. Rumah-rumahnya dua tingkat. Di bahagian bawah berbatu bata yang tidak ditampal dengan simen manakala rumah kayu di bahagian atas. Pada pandangan aku seperti rumah yang belum siap rupanya. Kawasan rumahnya agak kotor dan berlecak, ayam-ayam ternakan berkeliaran di halaman rumah dan sampah sarap tidak terurus. Kebanyakan rumah-rumah itu mempunyai setidak-tidaknya sebiji kereta. Ada yang berkancil, wira, proton, waja juga ada malah kereta import juga ada. Aku pasti, TV, pemain VCD, radio juga ada. Namun mengapa hidup mereka masih tidak terurus dan kotor. Terlihat pula aku garaj besar tersimpannya mesin padi dan juga jerami. Pertama kali ku lihat itu.
Dalam keasyikan menyelusuri jalan-jalan kampung itu, tiba-tiba terpandang akan kami sebuah bangunan yang tersergam indah. Tak padan sekali rasanya berada di kawasan seperti kampung ini. Lalu ku hentikan kereta dan berundur kebalakang untuk melihat bangunan apakah itu. Kami terus merapati bangunan itu dengan kereta. Seakan bertemu dengan istana raja Sulaiman rasanya. Pintu gerbang menampakkan gahnya bangunan putih berkubah-kubah itu. Kawasannya sunyi, ada paya di kiri kanannya juga laut di belakangnya. Indah sekali pemandangan itu melihat lembu-lembu meragut mesra rumput-rumput yang tumbuh di paya berair itu sambil melihat gemalainya pohon nyiur yang ditiup angin. Terlihat pula sebuah bangunan petak bersegi berwarna hijau, entah apa kegunaannya.
Kerana rasa ingin tahu yang tinggi, kami pun berhenti dan cuba masuk ke dalam bangunan itu. Melepasi pintu gerbang terhenti kami melihat bunga-bunga kangkung berwarna ungu di kolam atau ku panggil paya itu di kiri dan kanan kami. Hadie tunjukkan aku telur siput berwarna merah muda cantik sekali. Kami terus berjalan di atas lantai marmar itu menuju ke bangunan utama. Rasa macam menaiki sampan menuju ke istana bunian macam cerita P.Ramlee pula. Kemudian tahulah kami bahawa bangunan ini adalah sebuah masjid. Masjid Kampung Kangkung namanya.
Sunyi sekali masjid itu. Tak ada aktiviti keagamaan kah di bulan Ramadan ini. Nampaknya masjid ini seperti terbiar dan tidak terurus. Lantainya dipenuhi air hujan, bumbungnya bersawang, kipas-kipasnya kotor dan berkarat, begitu juga stereo speaker dan lampu spotlight. Air kolamnya keruh, berlumpur dan berlumut hijau. Apa sebenarnya yang terjadi pada masjid yang indah ini. Sayang sekali rasanya.
Aku ingin pergi ke laut di belakang sana. Alangkah indahnya jika dapat duduk di atas batu sana, melihat laut luas sambil merasai kelembutan angin yang bertiup. Apakan daya, kami harus pulang kerana jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Aku harus pulang berbuka puasa di rumah. Pasti kami akan ke sini lagi menerokai misteri keindahan kehidupan ini. Kalau bukan kerana dyda, pasti kami tak akan sampai ke sini. Kerana dyda...kerana dydaaaaaaaa....

2 comments:
semuanya hanyalah kerna dyda...
di kesempatan ini, saya juga ingin memohon maaf kepada pakcik yg menjadi mangsa keaadaan tersebut, sesungguhnya saya tidak sengaja..
saya juga ingin menujukan lagu ini kepada pakcik tersebut dan kawan2 saya iaitu lagu yg bertajuk sepasang kurung biru, tujuan saya menuju lagu ini adalah kerana saya mempunyai baju raya tahun ini, walaupun ia tidak berwarna biru tetapi sebaliknya berwarna hijau dan hitam serta mempunyai corak celoreng2 yang agak ekstrem.
baju ini agak magik kerana apabila memakainya, saya mendapat flashback dr masa lampau mengenai seorang budak yg pergi ke kelas pada hari korporat dengan memakai baju yang sama. ini adalah satu misteri yang masih belum terungkai.
baiklah saya tujukan lagu ini dengan ucapan 'kenapa kau tinggalkan kad rayaku yg berbunyi2 itu dengan steve?' ..sekian..
sob..sob. saya begitu terharu sekali mendengar ucapan raya itu. Maka itu penduduk malaysia, mari lah kita sama2 mendapatkan sepasang kurung biru di hari raya ini. Dan sesiapa yg rasa meniggalkan kad raya bunyi2 pada Steve, tunjal kepala 5 kali. Terimalah lagu ini...
Post a Comment