Raya Ketiga

Perjalanan jauh tak ku rasa,
kerna hatiku melonjak sama,
ingin berjumpaa….jumpa siapa yaa

Kepala Batas – Hutan Kampung - Langgar – Pokok Sena – Gajah Mati – Bukit Tembaga – Tampoi – Bukit Tembaga – Kuala Nerang – Padang Sanai – Ladang Tebu – Durian Burong.

Durian Burong - - - Naka – Nami – Gulau – Kg. Majapahit – Kg. Batu Seketol – Sik – Charok Padang – Jeniang - Jenun – Pendang – Alor Star

Raya ketiga…Jalan-jalan raya dengan Hadie. Janji nak mai ambil awal pagi, ini dah 1 tengah hari dah..lupe ker???

Memulakan perjalanan raya ke destinasi yang tak pasti, semoga tuhan membuka seluas-luas jalan untuk kami. Kami menyelusuri jalan Langgar melalui pekan Pokok Sena, Naka, Kuala Nerang dan banyak lagi tempat yang kami tak pernah dengar pun sebelum ini. Di jalanan kami nampak ramai cik adik manis berbaju kurung berwarna-warni indah bergaya. Halaman rumah dihias indah dipenuhi kereta-kereta tetamu yang bertandang.

Ramai sungguh orang membakar lemang di tepi jalan. Pada hemat kami, mungkin tak ada orang membeli lemang sebab itu masih banyak di jalanan. Tapi kalau jual meriam buluh, mesti laku punya. Baru kami perasan, kenapa tak pernah lihat orang menjual ketupat di jalanan. Ermm…mungkin aku boleh start business menjual ketupat raya tahun depan.

Tiba-tiba Hadie masuk ke Bukit Tembaga. Dia bawa aku tengok rumah tokcik yang best. Tokcik yang kumpul botol minyak wangi. Sayang seribu kali sayang, tokcik pergi terlalu awal. Rumahnya pun dah tak ada lagi. Kalau tidak boleh lepak rumah tokcik sekarang nih.

Luasnya bumi Kedah hingga tak terjangkau dek akal kami sebelum ini. Maka tuhan telah mendamparkan kami ke suatu kawasan yang dipanggil Durian Burong. Nasib baik tak pi Durian Burong naik bas ekspres Durian Burung. Durian Burung ini suatu kawasan yang bersempadan dengan Negara Thailand yang sedang dimajukan oleh kerajaan negeri Kedah.

Saujanaaa…luas terbentang. Terus terdengar lagu raya Ramlah Ram di telinga. Mak datukkk…cantik sungguh permandangan kat Durian Burung nih walaupun telah dirobek sedikit demi sedikit oleh kegiatan pembangunan. Ada ladang besar. Hadie kata ladang tebu, aku kata ladang serai…hahaha. Boleh main lumba basikal kat dalam tuh macam dalam cerita heart, sayang sikit tak bawa awek bersama.

Aku namapak kak Cabai berbaju merah tersenyum melambai. Pak Bayam tegap bediri ditepi jalan sambil menjerit menjemput ke rumahnya. Cik Nana malu-malu di balik selendang nan biru. Adik-adik burung bermain-main riang di becak itu sambil menayangkan kakinya yang kurus macma lidi itu. Tiba-tiba terserempak dengan dua orang panglima bergelar Patih Gajah Sakti.
"Mau ke mana tuan hamba berdua", garau suaranya bertanya.
Tergagap-gagap aku menjawab, "hendak ke Durian Burong tok Gajah".
"Boleh kita bergambar tok Gajah", kata Hadie dengan muka poyonya.
Tok Gajah pun gembira kerana belum pernah ada orang yang ingin bergambar dengan mereka lalu terus mengizinkan kami berlalu pergi. Hanya itulah yang kami temui sepanjang perjalanan ke Durian Burong.

Jauh berjalan, akhirnya kami bertemu dengan pakcik guard. Itulah satu-satunya makhluk yang kami temui. Palang NO ENTRY dan pakcik guard yang tercengang-cengang melihat dua manusia yang datang di hari raya ke tempat yang tiada berpenghuni ini membuktikan kami sudah berada di sempadan Kedah-Thailand. Rupanya kami sudah sampai di penghujung dunia. Untuk mengelakkan kami berada di penghujung nyawa, terpaksa lah kami berpatah balik.

Dam dam dum, bunyi perut. Baru ingat yang kami belum makan tengah hari. Lapar gilerrr nih. Jadi terpaksalah kami makan kuih raya yang aku bawa untuk pak hashim…sorry ya pak hashim. Buruk siku pun buruk siku lah, lapar punya pasal. Semasa berpatah balik, kami singgah di empangan Ahning. Baru lah nampak dua tiga biji kereta yang lalu. Tapi siapakah gerangan Ahning ini ya?

Bangcik nak guna kereta pukul 6, ada 2 jam setengah lagi. Kami pun membelok ke Naka. Ada sungai panjang yang mengalir dan suasana di situ ala-ala di Balik Pulau. Alamak…mana lagi nak pergi nih. Tak boleh pergi jauh-jauh sangat, nanti tak sempat tukar kereta dengan bangcik. Tempat-tempat yang kami lalu tuh semuanya tak pernah kami dengar dan sampai sebelum ini. Jadi gamble ja ikut jalan yang mana kami suka.

Fuiyooo…cantiknya tasik. Tidak dapat dipastikan sama ada tasik pedu atau tasik lain tapi memang sempoi. Aku lihat ada orang yang membawa joran siap untuk memancing mungkin. Hajat hati nak berhenti menikmati pemandangan indah di sekitar tasik tuh tapi bimbang tak sempat pula nak balik tukar kereta dengan bangcik. Tapi pemandangan indah itu pasti terpahat di hati. Sesungguhnya tiada kata secantik bahasa untuk ku gambarkan keindahan tempat itu.

Jalan punya jalan, baru sedar kami sudah sampai di daerah Sik. Alor Star 62km lagi. Hadie kata kalau speed 60 dalam masa sejam boleh sampai Alor Star. Ok la tuh, kita speed 120 la, dalam setengah jam sampai la Alor Star. Tiba-tiba kami berada di persimpangan dilemma. Jalan mana hendak dituju nih. Jalan lurus jangan belok-belok ka...hehehe. Ada sign board ke Pendang di sebelah kiri. Jadi kami pun belok dengan harapan boleh sampai awal.

Autum in my heart la pula. Kebun getah yang cantik dengan daun-daun kering yang berguguran macam dekat luar negara. Tambahan pula senja matahari yang memancar dari celah-celah pokok getah itu menambahkan lagi rasa romantika. Kalau tengah bercinta mesti best gila naik basikal kat situ. Kami jumpa satu pekan kecil yang agak kotor dan tidak terurus. Mengapa entah pekan-pekan kecil di Malaysia nih tak secantik pekan-pekan kecil di luar negara.

Sekolah Teknik Pendang. Wah! Besar lagi gah sekolah teknik itu tapi duduk dalam hutan. Mana aci jumpa geng teknik nih. Mesti cari geng MRSM jugak. Akhirnya jumpa juga kami dengan MRSM Pendang. So, jangan gaduh-gaduh. Sekolah gua pun jumpa, sekolah lu pun jumpa. Tapi kenapa sekolah teknik dengan MRSM suka duduk dalam satu kawasan yang sama? Kroni ka? Macam sekolah kami dulu, Sekolah Teknik Balik Pulau dan MRSM Balik Pulau. Urusan kerajaan, jangan masuk campur. Belajar sudah.

May day! May day! Minyak habis! Minyak habis!
Leceh la kereta bangcik nih. Bukan nak bagi warning awal-awal. Jalan-jalan raya sampai minyak habis. Nasib baik ada rumah orang. Hadie pergi pinjam motor nak pergi beli minyak. Nasib baik semua orang dalam mood raya, jadi tak susah la minta tolong…siap jemput makan kuih lagi tuan rumah tuh. Budi mu dikenang pakcik. Hadie pun pulang membawa minyak yang dibeli di kedai runcit. Oit…lu beli minyak masak ka minyak angin nih. Ini lah pertama kali aku dengar orang beli minyak kereta RM10 dari kedai runcit.

Kereta bangcik pun bergerak lancar, jadi sah la minyak tuh minyak petrol. Cepat! Cari stesen minyak di pekan Pendang, usah biarkan peristiwa lalu berulang. Ramai orang dekat stesen minyak Petronas, Pendang. Mungkin semua orang takut minyak habis macam kami. Hari itu saja, kami dah isikan pelbagai jenis minyak ke dalam kereta bangcik. Caltex, Shell, minyak kedai runcit, dan Petronas.

Tepat jam 8 lebih-lebih, kami pun sampai ke rumah pakshim dengan selamat. Bangcik pun dah hilang ke mana. Tapi memang best laa jalan-jalan raya kali nih.

Peringatan untuk jalan-jalan raya tahun depan :
-Jangan pinjam kereta bangcik
-Bawa bekalan kuih raya banyak-banyak
-Bawa minyak spare dalam kereta
-Bawa baju raya lebih
-Bawa peta
-Pastikan telefon ada credit dan wallet ada duit atau ATM kad yang ada duit





No comments: