Terkenang Semasa Dulu...

Terkenang semasa dulu…
Di dalam bilik darjah 6 Anggerik. Engkau duduk di depan ku. Selalu menangis diusik Ridwan dan Rasul. Cheetah semut mereka mengejek. Kerna muka kau pernah bengkak di gigit semut. Kadang-kadang aku mengejek sekali. Bila engkau menagis, aku mula kasihan. Aku pun sergah mereka berdua. Lalu berhenti lah mulut budak gemuk berdua itu.

Terkenang semasa dulu…
Kau jadi sebutan satu sekolah. Suara merdu lembut gemersik. Bila kau bersyair hati ku cayer. Pandai mengaji juga menyanyi. Lembut gerak mu penuh feminin. Tapi mengapa di sekolah tiada yang memikat. Rupanya che’in jirannya dah booking. Siapa yang kacau penumbuk hadiahnya. Bila aku ejek kau dan che’in, pasti peha ku disengat cubitanmu. Kata kau benci pada si che’in.

Terkenang semasa dulu…
Di tepi kelas di waktu rehat. Nasi lemak makan beramai. Tapi engkau selalu duduk di sebelah ku. Perlahan-lahan engkau menyuap. Aku melihat tidak terkata. Tertib dan adab aku tak kisah. Dalam kepala nak makan cepat. Nak main kejar-kejar sebelum loceng berbunyi.

Terkenang semasa dulu…
Di tepi pagar sekolah, di bawah pohon yang rendang. Habis sekolah kita di situ. Menunggu van pulang ke rumah. Sambil makan aiskrim dalam plastik panjang. Aiskrim milo untuk aku dan aiskrim oren untuk kau. Habis makan aku main lagi. Tinggal engkau di bawah pohon itu. Seorang diri menulis diari. Van aku yang datang dahulu. Ambil beg terus berlalu. Langsung aku tak lambai bye bye. Esok pagi berjumpa lagi.

Terkenang semasa dulu…
Bila aku sapa engkau menjeling. Bila aku tanya engkau membisu. Bila aku dekat engkau menjauh.Mulut mu muncung hingga ke depan. Pening kepala fikir kenapa. Seminggu lamanya engkau begitu. Kawan-kawan kata aku yang salah. Hey beb..apa aku buat? Rupanya dalam senyap kau tulis nama aku. Main muzik pancaragam sekolah. Aku tak mahu tak suka muzik. Lalu engkau pun merajuk dengan aku. Baru aku tahu begitu rupanya. Bila perempuan merajuk hati. Marah-marah manja minta dipujuk.

Terkenang semasa dulu…
Tak pernah aku rasa pentingnya engkau. Walau engkau sentiasa di samping. Habis UPSR kita berpisah. Bila berpisah baru ku tahu. Hati ini merasa sesuatu. Bertemu engkau ingin selalu. Bila bersua gelabah melulu. Lidah ku kelu berterabur kata ku. Selalu ku ajak ibu meronda ke taman mu. Melihat bumbung rumah mu hati ku sejuk. Kadang beruntung melihat kelibat mu. Di depan rumah di atas buaian. Di dalam bilik ku lakar wajah mu. Sebagai bukti aku merindu. Engkau yang pertama buat ku begitu.

Sudah lama aku melupakan mu. Setelah aku bertemu yang baru. Tapi lebaran ini engkau kembali dalam ingatan. Bila petang ini seorang kawan bercerita tentang mu. Seorang Diplomat kini engkau bergelar. Aku gembira engkau berjaya. Ku cari semula di mana lakaran wajah mu. Pastinya tidur malam ini termimpikan engkau. Benar kata mereka, adalah sukar melupai yang pertama.

Dedicated to MH…the first in my life.

No comments: