Hari ini aku makan ubi kayu rebus dengan sambal sotong. Idea Mak Bedah la nih. Mak kata orang selalu makan ubi rebus dengan nyior atau di temapat luar dari Kedah, mereka makan dengan sambal pedas. Mengenyangkan juga makan ubi rebus nih. Ayah kata, kalau makan ubi banyak nanti kuat kentut…hahaha. Percaya atau tidak, inilah makanan utama semasa zaman penjajahan Jepun dulu. Azab juga makan ubi kayu tiap hari. Mewahnya aku sekarang. Tiba-tiba aku teringat satu kisah benar yang diceritakan oleh maktok pada zaman Jepun dulu.
Tokwan Dollah : Jepun dah bom Jitra. Mampus la depa kat Alor Staq sana.
Masa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, tokwan Dollah bertugas sebagai guru besar di Tobiar. Masih tinggal di Alor Star seorang anak lelaki dan emaknya. Bimbang emak dan anak lelakinya diapa-apakan pihak Jepun, maka tokwan Dollah pun bergegas pulang ke Alor Star sebaik mendengar Jitra telah diserang.
Tokwan Dollah : Cikgu Samad, aku nak minta tolong hang temankan aku balik Alor Staq.
Cikgu Samad : Cikgu nak balik ambik anak dan mak cikgu ka? Bila cikgu nak pi?
Tokwan Dollah : La ni.
Cikgu Samad : Kalau macam tuh, jom la kita.
Tokwan Dollah berdua dengan cikgu Samad pun meredah jalan-jalan batas bendang untuk sampai ke Alor Star. Maklum lah , zaman dulu belum ada jalan tar. Sampai di pekan Alor Star, keadaan seolah-olah baru dilanggar garuda. Kedai-kedai dibiar terbuka tak berjaga. Batang hidung seorang manusia pun mereka tak nampak. Keadaan berselerak di pekan Alor Star membuatkan hati tokwan Dollah semakin cemas.
Tiba-tiba…
Tokwan Dollah : Cikgu Samad! Cikgu Samad!
Dah kena tangkap dengan Jepun ka cikgu Samad nih, bisik hati tokwan Dollah.
Cikgu Samad : Ya! Ya! Ada apa cikgu panggil saya?
Tokwan Dollah : Aku ingat hang dah kena tangkap dengan Jepun. Jom la cepat kita pi Seberang Perak, aku tak sedap hati nih.
Mereka pun terus menuju ke kampung Seberang Perak. Di sana, anak dan emak tokwan Dollah masih selamat.
Tokwan Dollah : Kenapa mak basah nih?
Tok Leha : Din nih suruh aku selam dalam sungai Tanjung Chali. Dia kata Jepun nak bom kita.
Tokngah Din : Jepun tak mai sini pun lagi pak. Cek saja usik tok.
Tokwan Dollah : Hang jangan dok usik tok hang nih. Tok hang nih latah.
Tokngah Din : Pak..pak nampak dak atas kepala tok ada janggut banggali…hahaha. Ada ramai orang mati kat sungai sana pak. Depa kata mai dari sungai Jitra.
Tokwan Dollah : Dah…dah. Pi siap barang cepat, kita lari pi Tobiar.
Pada hari yang sama juga tokwan Dollah dan yang lain bertolak ke Tobiar. Di tengah bendang pada suasana tenang yang semakin malap dek tenggelamnya matahari itu, tiba-tiba menjadi riuh.
Kringggggggggggggggggggggggggggg!!!
Tok Leha : Oh! kringggg…apa kringgggg… Jepun kringgggggg. Selam din, selam.
Tokngah Din : Kita bukan dok kat sungai tok, kita kat bendang nih.
Tokwan Dollah : Tunduk…tunduk semua.
Tokwan Dollah cepat-cepat menarik tok Leha dan menyuruh semua orang meniarap di atas batas bendang. Pada suasana yang semakin gelap itu, tidak dapat dipastikan dari manakah datangnya benda itu. Jadi sangka mereka itu adalah siren amaran dari Jepun yang mungkin telah mengesan pergerakan mereka. Bila kepala dipanggung, tiada bayonet Jepun yang terhunus. Di pandang sekeliling, tiada kelibat sesiapa pun sedangkan bunyi itu seolah hampir sekali dengan mereka.
Cikgu Samad : Allahuakbar. Jam loceng nih yang bunyi rupanya cikgu.
Rupanya bunyi itu adalah bunyi jam loceng dari poket seluar cikgu Samad. Semasa tiba di pekan Alor Star, cikgu Samad sempat masuk ke salah sebuah kedai di sana dan mencuri beberapa barang yang disukainya.
Tokngah Din : Kenapa cikgu bawa jam loceng boh dalam poket seluaq?
Tokwan Dollah : Celaka hang Samad. Mana hang dapat jam loceng tuh?
Cikgu Samad : Saya curi kat kedai kat Alor Staq tadi, cikgu. Mana saya tau dia nak bunyi (sambil tersengeh-sengeh)
Tokwan Dollah : Nasib baik tak bunyi kat pekan tadi. Kalau Jepun dengaq, mampus kita semua. Hang lempaq buang jam tuh lekaih.
Cikgu Samad & Jam Loceng
kata tanpa suara
Mr.Ay-z
at
7:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment