Hari itu hari Ahad. Keheningan pagi itu (sewaktu dengan siaran NONA di tv3) tiba-tiba diusik manja oleh hentakan merdu si lesung batu oleh cik adik di rumah atas. Itulah makna bagi satu hari minggu.
Dua makhluk yang sediakala terdampar di ruang tamu rumah bernombor 69A di Apartment Cherry pun kembali bertapak di bumi nyata setelah lena diulit intan…silap, lena diulit mimpi-mimpi indah lagi lucu. Biji mata yang baru sahaja dibuka mula dibasahi air mata bila mulut mereka mula membuka cerita kisah mimpi 1001 malam mereka.
“Oit, lapar laa” kata En. Zzarym.
“Hidangan dah tersedia, apa lagi yang ditunggu” Hadie menyarankan.
Lalu dua insan itu pun menjamah sarapan pagi merangkap makan tengahari mereka iaitu roti Gardenia dan biskut Chipsmore dengan lazatnya dengan perisa air liur basi kerna belum memberus gigi. Di atas tilam itu lah mereka duduk menikmati hidangan. Mudahnya hidup bagai di syurga. Tidur, makan, menonton TV, membaca dan berbual-bual di satu tempat yang sama tanpa perlu bergerak ke mana-mana. Begitulah jimatnya ruang yang di gunakan di rumah itu untuk memberi laluan kepada peredaran udara yang sangat penting buat Hadie. Mungkin hidup dua makhluk itu akan bertambah bererti jika dihadirkan satu watak seperti jin peliharaan(puteri) dalam bawang merah bawang putih.
“Eh, cerita Jefri Zain laa kat tv3” kata En. Zzarym.
“Ahhh…cerita nih la cha’a ajak kami tengok Sarimah buka baju”, sahut Hadie.
“Ya ka?” tanya En. Zzarym pintakan kepastian.
“Betui la, tak percaya tunggu tengok” cadang Hadie.
“Ishhh…kena tengok nih. Tak pernah tengok Sarimah buka baju” kata En. Zzarym.
Lalu kedua-kedua makhluk itu pun dengan penuh sabarnya menontonlah cerita yang sememangnya tak akan ditontoni mereka walaupun diberi rasuah. Untuk menghilangkan kebosanan, mereka pun membuka ceritera raja lawak setiap kali melihat apa-apa yang lucu di mata mereka di dalam filem itu. Bila kehabisan modal, mereka bercerita pula kisah lain di luar filem itu. Sesungguhnya jika sedara-sedari tanya apakah kisah filem itu, nescaya dua makhluk itu tak mungkin tahu apa jalan ceritanya kerana yang ditunggu mereka hanya lah saat Sarimah membuka bajunya…hehehe.
“Mana nih, Sarimah tak buka baju pun?” tanya En. Zzarym.
“Ada laa…tunggu masa Sarimah dengan Jefri Zain kena kurung dalam bilik, pastu nanti ada ayaq banyak dalam bilik tuh” kata Hadie.
Setiap detik dinanti dengan penuh debar. Akhirnya babak yang dinantikan pun muncul jua di mana Tina (Sarimah) dan Jefri Zain ( Jins Shamsudin) telah dikurung di dalam sebuh bilik besi oleh Komander Jeeman (Salleh Kamil).
“Alahhh….potong!” sergah Hadie diikuti ketawa yang terbahak-bahak.
“Cis, buat penat tunggu ja. Apa lah tv3 nih, permainkan perasaan orang macam nih” kata En. Zzarym dengan nada hampa.
“Hahaha…tuh la hampa tamau tengok dengan cha’a dulu, kalau tidak mesti dah boleh tengok Sarimah buka zip baju belakang dia” Hadie terus mentertawakan En. Zzarym yang ternyata kecewa.
“Nih semua cha’a yang salah. Saja nak buat bagi orang tunggu tengok cerita nih” kata En. Zzarym.
Begitulah kisahnya dua makhluk di muka bumi ini yang sememangnya cenderung untuk membuat kerja bodoh apabila duduk bersama seperti menunggu menonton cerita Melayu klasik Jefri Zain hanya untuk melihat Sarimah buka baju (sebenarnya buka zip baju belakang ja).
Moral kepada cerita ini adalah tunjuk perempuan buka zip baju untuk menggalakkan orang menonton filem Melayu.

4 comments:
kekeke.. oi.. chapter ni org dah kaber lepas upsr la.. lagging 20 tahon, padan aa retard.. camna nak melangkah ke alam kedewasaan nih apatah lagi ada ati nak jadik ketua penyamon..
kakaka.. tak dapat tgk..
wahaha.. cam ngan apa lagi... tu ja la benda yg dibuat dan dapat di ingat pun... org dok jauh2 nak cari pengalaman hidup, ini tak..
hahahaa..
bodoz gila aa hampa dorang, kekeke..
hampa tadak kawan lain dah ka wei? asyik cerita hampa dorang ja
bukan senang nak tengok sarimah buka baju tuh. ko la yg pandai rosak pala hotak si hadie, skang gua jadi mangsa dia plak
Post a Comment