Di waktu malam yang gelap itu, hanya rembulan yang bercahaye (meniru gaya sebutan makcik dlm iklan Harpic). Siapa sangka, siapalah menduga…makhluk apa membikin peristiwa.
“Hah! Apa yang korang berdua buat dalam gelap ni?” salah seorang Pegawai Pencegah Maksiat itu bersuara keras.

“Kami tak buat apa-apa, encik”, jawab Leman dengan muka selambanya. “Lagi pun, kami bukan berdua”.
“Loyar buruk kau ya, sekali aku lesing kang!” kata salah seorang rakan Pegawai Pencegah Maksiat.
“Betul encik, kami tak tipu”, Ayu cuba bersuara walaupun terketar-ketar.
“Awak ingat kami ni buta dan bodoh ka? Selain dari kami berempat, cuba awak kira siapa lagi di sini,” pinta Pegawai Pencegah Maksiat itu.
“ Satu…dua…tiga” Leman pun cuba mengira.
“Mana orang ketiganya? Orang ketiga tuh syaitan la, kalau kamu berdua nak tahu”, kata rakan Pegawai Pencegah Maksiat yang lain pula.
“Haaa…betul la encik. Tapi saya tak tahu pula dia tuh syaitan, kalau toyol tuh ada la juga rupanya…toyol kuning”, kata Leman sambil tersenyum.
“Awak jangan nak main-mainkan saya. Bak sini IC awak berdua” Pegawai itu meminta sambil menghulurkan tangannya.
“Betul encik, saya tak tipu. Hah! Cuba encik dengar tu, dia tengah menyanyi-menyanyi sekarang ni encik”, Leman cuba meyakinkan mereka.
“Ya la, encik. Dia ni memang akan sentiasa mengikut adik saya. Adik saya ke jamban…dia pun ke jamban, adik saya ke Jepun…dia pun ke Jepun…adik saya berdating…lagi la dia ikut”, kata Ayu pula.
“Adik! Budak lelaki ni adik awak?” soal Pegawai itu dengan nada terkejut.
“Itu lah encik, suka serkap jarang. Ini IC kami”, Kata Leman lalu menyerahkan IC mereka berdua.
Pegawai Pencegah Maksiat dan rakan-rakannya pun mengangguk-anggukkan kepala tanda betul lah kata Leman dan Ayu itu.
“Baiklah, kami semua minta maaf tapi tentang orang ketiga tuh, awak jangan nak main-main”, kata Pegawai itu kepada Leman dan Ayu.
“Saya tak main-main encik. Nombor handphone encik-encik semua nih berapa?” soal Leman dengan penuh serius membuatkan Pegawai itu dan rakan-rakannya kehairannya.
“Apa halnya pula dengan nombor handphone kami?” tanya salah seorang rakan pegawai itu.
“Ada la, encik bagi tahu ajer la”, sampuk Ayu pula.
“Saya guna 013, kamu semua pula berapa?” tanya pegawai itu kepada rakan-rakannya.
“012…019…012” jawab rakan-rakan pegawai itu.
“Saya guna 017, sebab itu saya cakap kami bertiga tadi”, kata Leman yang tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Bersamamu, walau ke mana juaaa…I will follow you, follow you wherever you may go”, Ayu tiba-tiba saja menyanyi riang di hadapan pegawai-pegawai itu.
“Sekarang ini encik, siapa yang guna nombor 017…mereka akan sentiasa diikuti oleh budak gemuk yang perutnya buncit berwarna kuning, walau ke mana jua encik pergi”, Leman cuba menerangkan. “Encik tak akan dapat lari punya, kawan-kawan dia sampai Jepun dan Afrika.
Pegawai Pencegah Maksiat itu bersama rakan-rakanya berlalu pergi dengan wajah yang sedikit bengkek.
Moral cerita ini – Jangan guna Digi kerana anda akan sentiasa diekori. Bersamamu, walau ke mana juaaaaa…

No comments:
Post a Comment