Kocek Seluar

Jumaat, 2 Mac 2007.

Bermula dengan ketidak ikhlasan,
Pasti mengundang kecelakaan,
Siapa menduga musibah menanti,
Sedikit alpa pasti menjadi.

Lupai sudah hati yang tidak ikhlas itu,
Bersama menikmati suasana malam,
Seakan petanda menduga-duga,
Merungut saja meluah rasa.

Seluar ini bukan seluar ku,
Pemberian orang yang aku kasihi,
Mungkin dibeli di Lady’s department,
Kocek sakunya sempit merimaskan aku,
Aku ini lelaki yang tidak bertas tangan,
Yang mementingkan keperluan kocek pada seluar,
Di situ dompet ku,
Di dalamnya handphone ku,
Kunci rumah, kunci kereta,
Cloret, Dentyne juga ada.

Inilah sudahnya seluar berkocek sempit,
Menarik satu semua terkeluar,
Duit maktok pun tersangkut di bank,
Bila kad ATM nya aku hilangkan.

Aku benci hilang barang,
Aku juga marah bila barangku hilang,
Tetapi aku sebenarnya takut sekali,
Bila aku kehilangan…

No comments: