Tiru-Meniru

Rabu, April 11,2007 - 4.45pm.

Masa aku tulis nih, aku dekat kolej...masih lagi mengajar. Tapi sekarang nih sedang bagi kuiz dekat students sebab aku dah tak tau nak ajar apa...hehehe.

Masa aku tengah ronda-ronda kelas, aku nampak la sorang budak nih coba-coba nak meniru dari nota dia. Tapi aku buat dek jaa sebab aku paham. Tapi aku tak la bagi chance sampai dia tiru semua.

Teringat pula zaman-zaman kat universiti dolu-dolu.Aku yang skema nih pun pernah tiru masa kuiz. Bukan apa...syok pula tengok kawan-kawan meniru, so aku pun join the club laa. Pernah masa exam aku tukar paper dengan member aku. Aku bagi kertas jawapan aku sebab aku saja-saja ja nak tolong member aku tuh. Al-maklum laa, mamat nih bengap skit.. Tapi yang best, itu first time aku buat kerja cam tuh masa exam. Sekali tingggal 10 minit lagi masa nak habis, lecturer tuh asyik jaga row aku ja. Macam tau-tau saja kami buat salah. Aku dah gelabah siut, muka nih dah pucat macam nak masuk kubur. Tapi member aku boleh gelak lagi tengok aku gelabah. Orang dah risau tahap gaban nih, macam mana nak ambik kertas aku balik. Nasib baik la member aku nih memang dah berpengalaman sangat buat kerja-kerja macam nih. Masa lecturer tuh jalan lepas kerusi kami saja, member aku nih sepantas kilat sambar kertas jawapan dia dan letak balik kertas aku. waaa...lecturer tuh langsung tak perasan member aku buat cam tuh. Aku ingat member aku nih memang dah profesional gilerr la buat kerja-kerja macam nih. Lepas kes tuh, aku tobat tak buat dah...serikkkk beb. Nasib baik tak kantoi.

Orang tua-tua selalu cakap, masuk universiti nih boleh jadi budak pandai-pandai dan baik-baik . Tapi aku terbalik pula. Time kat univeristi la aku belajar buat benda jahat. Maklum laa, kat sekolah dulu budak skema. Apa pun, aku enjoy juga la life kat universiti walau pun tak banyak. Itu semua aku jadikan pengalaman hidup.

p/s: students uni, carilah tektik baru kalau nak meniru.

No comments: