Kedah - KL - Kuala Kangsar - Kedah : DEMAM

Baru balik dari kolej nih. Panas betul kat luar tuh. Demam aku pun tak hilang lagi nih. Mila punya pasal la nih. Diorang announce ja dia jadi juara, aku terus demam…demam terkejut. Heran betul aku cam na boleh demam.

Drive pergi KL Ahad lepas dengan mak,maktok dan Abu. Sepatutnya aku pi naik bas tapi dah mak nak ikut, aku pun drive la pi KL. Alang-alang kereta kosong, bawa la maktok dan Abu sekali. Kami bertolak jam 5.30 ptg sebab aku demam sikit pagi tuh. Masa drive tuh aku rasa demam aku semakin membara pula. Aku pun drive non stop la untuk cepat sampai rumah cikmah. Apa pun kita orang sampai dengan selamat rumah cikmah jam 11.30 malam.

KL, first day di sana aku demam teruk. So lepak kat rumah cikmah saja la. Semua plan aku tak jadi termasuk nak pi KLCC. Adik AE ambik cuti satu hari untuk jumpa mak dan maktok. Boringnya duduk rumah orang. Aku cuma berdoa semoga demam aku cepat baik, boleh la aku balik rumah cepat-cepat. Mak dah kecohkan kat semua orang kisah aku minat Mila and no more zz. Tak dapat nak elak lagi. Ya laa… 7 minggu berturut-turut aku asyik dengar lagu mila ja plus wallpaper semua gambar mila. Maunya dia tak perasan. Apa pun aku redha..hehehe

UNITAR was the reason I went to KL. So on the next day, I went to UNITAR to settle everything. The result was I need to complete my project paper no matter what. They didn’t allow me to change my degree to diploma. So starting this June, I have to travel to KL again to complete my project paper. But I was so touch when all the people I met at UNITAR were nice to me and willing to help me completing my course. I will try but first I have to find RM700 to activate my VOISS.

Raja Nazrin seperti memanggil aku saja masa aku on the way balik kedah. So aku pun singgah la sekejap kat Kuala Kangsar. Alasanya nak tunjuk Kuala Kangsar dekat Abu yang tak pernah datang Kuala Kangsar. Walhal aku nak tengok saki baki kenduri Raja Nazrin, kalau ada laa. Tapi yang ada pun bendera-bendera negeri Perak ja yang masih digantung, lain-lain seperti banner ucapan semua dah diturunkan. Sampai sana aku bawa diorang lepak tepi sungai perak sambil aku memandang dari kejauhan Istana Bukit Chandan itu jikalau ada Nazrin dan Zara. Kita orang lepak situ 45 minit, lepas tu aku singgah Istana lama Perak yang masih ditutup untuk renovation. Then aku paksa mak, maktok dan Abu pergi sembahyang di Masjid Ubudiah. Dah lama aku teringin nak masuk. Masjid yang cantik dan unik, tandas pun bersih lagi suci…hehehe. Lepas sembahyang kami pergi makan dekat persisir sungai perak. Abu ajak maktok naik bot tapi maktok takut, so tak jadi la kita orang naik bot menyusuri sungai perak. Cik jijon macam biasa, sibuk shopping labu-labu sayung kat sana. Jam 3.30 ptg kami bertolak balik walaupun sepatutnya time tuh dah sampai rumah.

Di rumah malam tuh terasa boring pula. Memang la penat drive satu hari tapi mata tak ngantuk lagi. Terasa seperti missing something. Apa aku selalu buat dari jam 8.30 sampai lewat malam ya??? Rupanya Diari AF dah tak ada…patut laa. Aznil selalu kata ‘bayangkan hidup anda selepas ini tanpa AF’. Nampaknya aku dah terkena badi ayat Aznil itu. Tak ada lagi keletah mila yang aku tunggu-tunggu setiap malam. Ini yang aku malas nak ikut reality show nih, terasa sebahagian dari hidup aku pula. Macam diorang tuh kawan-kawan aku saja. Apa pun aku kena cari something supaya malam-malam ku tidak akan boring lagi. For sure la because after this I will be busy with my project paper and my part time teaching.

Chauuu.

No comments: