Tadi aku terpaksa bawa cik jijon ke kenduri di rumah ciksom...terpaksa ok! Ciksom nak pergi buat umrah, so diorang ada la buat kenduri skit. Maka adanya aku pun pergi la ke kenduri itu dengan pakaian kebangsaan yang hanya beberapa helai di dalam wardrobe aku tu.
Ciksom nih kawan mak aku tapi dah macam adik beradik dah. Sampai ja rumah ciksom, aku pun tolong-tolong la apa yang patut. Memandangkan kenduri tuh start lepas Isyak, aku pun sebat dulu la ayam panggang makan dengan nasi. Inilah yang aku tak suka makan kenduri sebab kena makan bersila. Aku memang tak reti makan duduk atas lantai sambil bersila, terkepit perut aku. Apa taknya, aku kena tunduk dulu untuk suapkan nasi dari pinggan yang di atas lantai. Macam biasa aku angkat pinggan, letak atas tapak tangan dan makan walaupun orang lain tak angkat pinggan dan makan dengan cara menunduk untuk menyuap nasi.
Lepas makan tuh baru ramai-ramai baca surah Yasin. Aku duduk di border line, in between group lelaki dan group perempuan. Hahaha, biasa la aku kan. Habis bacaan Yasin, group lelaki pun menjamu selera la. Memandangkan group perempuan nih dah makan, diorang pun mula la buka gerai kopi. Memandangkan aku dah makan awal tadi, aku pun usha la gelagat makcik-makcik nih. Mula-mula borak dengan orang sebelah saja. Dari volume suara perlahan dah jadi cam kat pasar dah. Baru 15 minit aku berborak edngan member aku, pusing bahagian perempuan dah nampak bulatan-bulatan makcik-makcik berforum. Lawak pula tengok scene tu.
Lepas tetamu balik, aku kena tolong kemaskan...kemaskan apa ya? Semua orang ada kerja tapi aku tak tahu nak buat kerja apa. Tiba-tiba ciksom bagi plastik sampah yg warna hitam besar tuh untuk aku kutip semua sampah-sampah. Wahaha...baik punyer kerja ciksom assign kat aku. Aku pun mula la buat OT dewan bandaraya. Tapi aku tak kutip banyak sangat pun, aku mana mahu buat kerja kotor-kotor nih. So aku pi lari tempat lain. Pastu aku kena angkat pinggan-pinggan yang di basuh ke dapur. Pastu aku lari lepak dengan Apit tengok tv. Baik punyerr...terkeluar tag line Dafi plak. Tapi yang bestnya, baju aku dah basah. Baru angkat pinggan, belum cuci pinggan lagi. Kalau cuci pinggan, alamatnya basah kuyup la aku.
Itu ja nak cerita...

No comments:
Post a Comment