Semalam aku pi tengok wayang dekat Cineplex Aloq Staq dengan Hadie. Cerita apa lagi, Waris Jari Hantu laa. Hajat hati nak buat review pasal filem tu tapi memandangkan the journey to watch the movie tuh penuh dengan suspenseS. So aku nak tulis sikit la kat sini.
Kita orang dah janji nak tengok show pukul 7 punya, dah sah-sah la kami dua tak semayang maghrib…hehehe. So, macam biasa tugas aku pick up Hadie kat rumah dia. Selalunya mamat nih bila aku sampai ja mesti dah tercongok depan rumah tapi kali nih tak nampak pula bayang dia. Aku pun SMS la kata dah sampai. Tiba-tiba cermin tingkap kereta aku diketuk orang. Terus nampak muka mak bedah yang ceria itu. Buat suspense ja mak bedah nih. Rasa macam kena tangkap basah dalam kereta pula bila dia ketuk cermin tingkap. Rupanya dia nak bagitau suruh tunggu kejap sebab hadie baru balik kerja. Tapi tatau kenapa aku menonong ja ikut mak bedah, padahai mak bedah tak ajak pun masuk rumah dia. Hehehe…panic punya pasai kot.
On the way nak ke City Plaza tuh, kami dok sibuk gelak pasai paklah nak kawin. Bukan tak suka tapi suspense la bila tetiba ja paklah umum nak kawin. Kita dok suspense cam na la paklah nak akad nikah nanti, bersanding...maklum lah Perdana Menteri Malaysia la katakan. Hadie kata harap-harap paklah tak bersanding dan tak tunjuk live on tv, biarlah majlis tu menjadi personal event for paklah and family. Anyway, congratulation tu paklah. Aku suka paklah nih sebab aku nampak dia seorang yang mudah dan simple dalam menjalani hidup. Dia ikut saja flow kehidupan seorang manusia yang berfasa-fasa.
Asyik dok bercakap pasai paklah saja, sampai kami dua orang tersalah floor. Tetiba saja makcik cleaner tuh tanya nak pi mana sebab tingkat yang kita orang naik tuh tak leh masuk. Haiyaaa…sesedap kaki ja melangkah, buat suspense makcik cleaner tuh ja. Gelakkan paklah lagi, kan dah terkena tulah paklah.
Dalam panggung tak ramai orang, maklum la show pukul 7. ok laaa, meh aku review skit pasai filem Waris Jari Hantu nih. Cerita nih biasa saja dah banyak cerita pasai sissy, the puaka and black magic things nih. Tapi mungkin elemen-elemen dalam filem nih buat aku tertarik nak tengok macam aku suka suasana kehidupan kampung yang dicreate dalam cerita nih. Anak-anak muda yang suka bergurau senda dan buat benda tanpa pikir semata untuk duit macam scene Tina, Ari dan Ah Meng menangis untuk orang mati. Suasana lebih meriah bila ada tokwan yang melatah dan mak-mak dan kakak-kakak yang ciwi. Tapi aku memang terpegun la bila mana ada orang yang mencintai seseorang tanpa melihat kelemahan yang ada pada seseorang itu. Macam mana Tina boleh setia mencintai Ari walaupun sedar Ari sering ditertawakan kerana kelembutan sikapnya. Sesungguhnya cinta tidak memandang apa-apa kecuali hati.
Cerita nih sebetulnya bukanlah cerita seram atau cerita hantu. Hantunya hanya pada JARI HANTU tokwan yang mencari pewaris bagi ilmu saka harimaunya. Selebihnya aku dan Hadie lebih banyak ketawa nengok gelagat Rusdi Ramli jadi sissy. Makin bagus pula mamat nih berlakon sekarang. Memang credit for his action la. Mula-mula tuh aku dengan Hadie saja yang gelak dalam panggung tuh sebab yang lain mungkin dah ready dengan mood seram kot tapi towards the end baru ramai dah berani gelak. Cerita nih biasa tapi ada aura untuk tarik perhatian penonton untuk stay tune sampai ending. Aku dengan Hadie nih tak pernah serius tengok wayang. Ada saja lawak kita orang buat, tak kira la cerita apa pun yang kami tengok, sampai kena maki dengan orang sebelah. Tapi cerita nih berjaya membuat kami dua terdiam seketika melayan scene sedih bila mana Ari pulang ke pangkuan keluarga sebagai seorang perempuan. Perangai kami betui-betui macam budak-budak kecik yang hanya stop main bila nampak iklan menarik kat tv. Apa pun, aku puas hati juga tengok filem nih dan 4 mintang untuk Waris Jari Hantu.
Lepas tengok wayang, kita orang lepak makan kat Kenny Rogers…KENNY ROGERS??? Actually, kami dua pernah plan nak try Kenny Rogers nih masa mula-mula dia buka kat Aloq Staq dulu. Ingat lagi masa tuh aku pernah temankan Hassan minta kerja kat situ masa dia tengah tunggu result SPM. Sekarang nih Hassan pun dah nak habis belajar kat kolej. Korang bayangkan la betapa berkurunnya hasrat kita orang nih, baru malam nih di tahun 2007 baru tercapai. Mungkin berkat semayang hajat hadie kot.
Kami dua macam biasa, masih meneruskan tradisi lepak kat restoran sampai kedai nak tutup. Elok saja kami langkah keluar restoran tuh, staf kat situ pun mula sibuk kemas-kemas barang. Masa staf-staf tuh naik motor balik pun kami masih lepak lagi, sembang pasai projek paper aku. Teringat pula kata-kata mak bedah, pandai ajar orang tapi diri sendiri tak habis belajar. Itu lah aku…suspense juga nih nak sambung projek paper balik.

No comments:
Post a Comment