Rupa



Rupa…
"Perihal sesuatu benda yg kelihatan dari luar; sifat sesuatu pada lahirnya" ~ Kamus Dewan Edisi Biru

Ya! Aku memang memandang rupa. Rupa dan paras yang molek-molek. Sejuk mata memandang segala kecantikan ciptaan yang Esa.

Salahkah aku memandang rupa???

Dia juga sukakan kecantikan. Tetapi Dia juga ciptakan kehodohan.

Kehodohan bukan perbandingannya cantik.

Kehodohan itu bukan untuk dikeji dan kecantikan itu bukan untuk dipuji. Insafi diri, syukuri pemberian.

Tidak sekali-kali aku memandang hina pada yang hodoh cuma sedari azali aku menyukai kecantikan.

Tapi sedar aku omongan ku kosong. Kadang-kadang aku menyukai sesuatu yang tiada keindahan. Dan ianya lebih mendalam terkesan di jiwa.

Sebenarnya pada zahir sahaja aku memandang kecantikan. Memandang... dan hanya memuji.

Namun tersiratnya, hati ini menyanjung lebih.

Aku bisa makan di gerai yang kecil dan tidak mewah lagi cantik. Hanya kerana masakanya enak. Kebersihan itu keutamaan ku.

Aku bisa memakai yang biasa tidak berjenama. Hanya kerana keselesaan memakainya. Kebersihan masih keutamaan ku.

Aku bisa menginap di rumah tua dan kecil yang tak tersergam indah. Hanya kerana berlindung diri dari panas dan hujan. Kebersihan juga keutamaan ku.

Aku bisa membeli yang hodoh lagi tidak menarik. Hanya kerana kegunaannya pada ku. Fungsi itu keutamaan ku.

Aku bisa berkawan dengan mereka yang kampungan ternyata selekeh. Hanya kerana sikap dan kejujurannya bersahabat. Hati budi keutamaan ku.

Aku bisa jatuh cinta pada dia yang berwajah biasa yang kurang komersial. Hanya kerana peribadi diri cerminan hati. Personaliti itu menambat ku.

Hey! kawan. Aku bukan memandang rupa.

Zahir ku ucap tidak terungkap.



Apa yang kau pandang,
Saat pertama kali melintas pandangan.

Rupa selalu dipuji,
Hati budi dipandang sepi.

Paras molek menjadi taruhan,
Pra syarat hati menjalin ikatan,
Seakan pasti cahaya kebahagian.

Namun sedarku kata tak dikota,
Bila hati disentuh bicara,
Gerak santun pesona di mata,
Jujur ikhlas menjadi diri,
Rupa bukan lagi taruhan.

War war ku hanya omongan,
Rupa bukan pertama dipandang,
Dengarlah kawan percayalah teman.

Kini ku tahu siapa diri,
Hati ku ini memilih lebih,
Cuma khuatir menzahirkan suci.

No comments: