Hari ini makan nasi dengan pinggan lama yang aku kutip dari rumah maktok. Best plak makan nasi dalam pinggan yang berekabentuk dan corak lama. Pak usop kata dia tak lalu makan sebab pinggan tak lawa.
Sambil makan nasi tuh, otak pun berputar-putar memikirkan peristiwa nostalgia. Tiba-tiba aku tertanya cik jijon. “Mak tok garang tak masa mak kecik-kecik?”. Cik jijon kata maktok tak garang tapi suka report kat tokyah perangai anak-anak dia. Bila time tokyah balik kerja, maka lintang-pukang la anak-anak dia bersembunyi. Ada yang sembunyi dalam lau ayam (reban ayam), atas pokok, bawah katil sebab tokyah memang teramatlah garang. Jadi tahulah aku macam mana cik jijon boleh jadi garang sangat.
Aku tak pernah cakap benda nih kat cik jijon tapi hari tuh terpacul keluar dari mulut aku dengan selambanya. “Mak dulu garang macam komander tentera.Kenapa garang sangat?” Cik jijon kata dia kena garang sebab pak usop tak garang. Kalau dia report kat pak usop, nanti pak usop akan cakap, “biaq la, depa budak-budak lagi.”
Masa aku kecik-kecik, aku rasa cik jijon tuh bukan mak aku tapi seorang komander tentera yang sangat aku takuti. Salah saja mesti kena marah. Disiplin nih tak payah cakap la. Aku tak boleh makan kat tempat lain kecuali meja makan. Sudah makan kena tolak kerusi elok-elok bawah meja. Main bila kerja sekolah dah habis dan balik sebelum 6.30 petang. Kalau 6.30 tak balik, maka bergema lah seisi alam tok jalai tuh dengan suara cik jijon yang kuat lagi nyaring tuh. Aku dengar ja suara dia jerit, terus lari balik, tinggal semua barang mainan. Nasib baik la kawan-kawan aku dah faham, depa la tolong ambik simpan.
Pakaian dan makanan ikut time dan acara. Pakaian dok rumah lain, pakaian pi jalan lain pula. Kalau dok rumah, pagi dan petang pakai shorts dan singlet, lepas mandi 6.30 terus pakai pyjamas. Pagi selalu makan roti, nasi goreng, telur manakala tengahari makan nasi, petang makan biskut atau cucuq dan malam makan nasi. Selain itu kena paksa makan vitamin termasuklah Scott Emulsion yang sungguh aku tak lalu tuh. Kalau makan di kedai, semuanya ditentukan oleh cik jijon walau pun hati teringin nak makan yang lain. Makan mesti habis, nanti membazir dan cik jijon akan marah.
Cam tuh lah rutin hidup aku masa kecik-kecik. Aku nih tak macam warie yang suka baca buku. Aku lebih suka menerokai aktiviti luar tapi cik jijon tak bagi, dia suruh baca buku. Jiwa aku memberontak tapi tak berani sebab puan komander sungguh tak berdaya untuk aku tewaskan. Terpaksa la ikut dan patuh. Sebab tuh aku rasa yang aku nih bukan lah pandai sangat. Aku pandai terpaksa ja dulu-dulu tuh. Bila dah semakin besar, cik jijon pun dah tak garang sangat, pelajaran aku pun makin merosot. Aku semakin menjadi diri aku yang sebenar. Tapi aku hanyut mencari haluan sebab dah terbiasa orang tunjukkan.
Bagaimana aku mensia-siakan zaman kanak-kanak untuk membentuk dewasa ku yang cemerlang.
Sesungguh kita tak akan mampu menjadi orang lain melainkan diri sendiri.

No comments:
Post a Comment