Hari ini aku ingin bercerita tentang TAKDIR.
Tahukah apa takdir hidup kita?
Garisan apakah yang tertera pada telapak tangan dan dahi kita?
Bahagia atau merana?
Syurga atau neraka?
Di Luth Mahfuz katanya sudah tertulis takdir hidup tiap-tiap anak adam.
Namun, katanya takdir itu boleh diubah.
Ibarat tulisan di atas sekeping kertas. Jika kita tidak suka akan tulisannya, maka padam dan tulislah dengan tulisan kita sendiri.
Bolehkah seorang yang ditakdirkan menjadi pencuri mengubah takdir hidupnya menjadi seorang Inspektor polis?
Boleh … dengan adanya usaha.
Cukupkah dengan berusaha?
Jawapan kepada kegagalan selalunya dikaitkan dengan usaha dan rezeki.
Belum cukup usaha lagi.
Belum rezeki lagi.
Benarkah…atau hanya retorik penyedap hati?
*****
Seorang bayi cina yang tak diterima ibu bapa sendiri.
Tanggal 16 Mei, lahirnya bersama tanda yang menutupi hampir keseluruhan kanan wajahnya.
Rusuhan kaum dan tanda di wajah petanda malangnya diri.
Lalu ditinggalkan di Hospital Kuala Lumpur.
Sepasang suami isteri itu.
Masih mengidamkan anak angkat walau sudah punyai dua.
Percaya anak angkat boleh membawa tuah kandungan sendiri.
Namun niat terhalang melihat kekurangan si bayi.
Nenek cina itu melutut merayu, mohon pelihara cucunya itu.
Lalu hati yang kecil menjadi besar, bayi diterima seadanya.
Disangkakan malang tapi tuah yang datang bergolek.
Seminggu bersama, si bapa dinaikkan pangkat menjadi Sarjan Mejar.
Si abang ditawar belajar ke negeri kangaroo.
Kini si ibu kini merasa ibu.
Melahir anak kandungan sendiri.
Engkau intan, engkaulah sayang.
Dua puteri permata hati.
Intan bertuah pudar sendirian.
Ibu pergi panggilan ilahi.
Ayah punyai isteri yang baru.
Sayang punyai keluarga sendiri.
Pelbagai usaha mencari teman.
Jauh di hati tak ingin sendirian.
Namun dunia memandang rupa.
Sedang wajah tak punya rupa.
Ayah pergi turuti ibu.
Intan diusir si ibu tiri.
Simpanan diguna membeli rumah.
Siap dibina belum berjiran.
Sendirian, takut cuba dilupa.
Tabah hati menempuhi hidup.
Bersama skuter berulang alik ke pejabat.
Dealer produk menambah pendapatan.
Pelbagai kursus dihadiri menambah ilmu.
Persediaan buat masa hadapan.
Diri tak mahu menyusahkan yang lain.
Kancil sebiji penghibur hati.
Membawa diri ke perjalanan tak berdestinasi.
'A car is a journey to my own world'.
Bahagia sendirian menerokai hidup.
Takdir datang tanpa diduga.
Kerja diberhentikan.
Berniaga kuih menampung hidup.
Tetap berusaha meneruskan hidup.
Walau hatinya luluh dan resah.
Memikirkan hidup yang berpaksikan wang.
Berita tadi menyedihkan.
Intan lumpuh…
Tekanan akibat memikirkan hidup yang kesempitan.
Mujur sayang masih ada.
Menjaga intan yang lumpuh.
Apalah nasibmu wahai intan.
Tuah diri pergi buat menyinari hidup yang lain.
Sedang diri terusan malang.
*****
Takdir hidupmu buatku geruni takdir hidupku.
Mampukah aku pasrah menempuhi dugaan hidupku.
Hidupku yang tak punya sebarang persediaan buat masa hadapan.
Hidupku yang selama ini telahku sia-siakan.
Hidupku yang tak ku lihat cahayanya bahagianya.
Aku akan tetap mencuba.
Cuba untuk menulis takdir hidup ku sendiri.
Walaupun aku tak begitu bertuah.
Namun aku percaya.
Aku akan berjaya dan bahagia.
Takdir bukan bersifat mutlak.
Kerana Dia bisa menjadikan mustahil itu satu kemungkinan.
Kun fa ya kun.
Aku akan berdoa untukmu intan.
Moga dipermudahkan segalanya buatmu.
Walau sedar, diri sendiri dibelenggu dugaan.
Percayalah...
Percayalah...
Tiada yang dilahir bersama takdir yang malang atau bertuah.
Hanya dugaan tanda kasihNya yang membezakan.
TAKDIR
kata tanpa suara
Mr.Ay-z
at
12:12 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment