Nasi bungkus

Pelik tapi benar. First time meja makan rumah aku kosong tidak berhidang untuk berbuka puasa. Apa dah jadi nih.

Sebenarnya, hari nih cik jijon demam. Jadi pak usop belikan kami nasi sebungkus tiap seorang. Alaa…nasi kuning-kuning tuh, nasi beriyani rasanya. Lauk pulak adalah lauk gerenti-makan dan buat aku semestinya lauk ayam. Aku sempat hidangkan timbikai pyramid fir'aun dan buat ayaq mereng (air merah+oreng).

Jadi kami bertiga pon berbuka la ala kadar saja. Cik jijon kata dia sedih bukak puasa cam tuh. Maklum la, nasi bungkus tak berhidang. Cik jijon cakap tak boleh telan nasi sebab tak ada kuah. Aku marah cik jijon sebab tak makan Gaviscon yang aku beli untuk melancarkan penghadaman.
“Banyak sangat ubat nak kena sumbat satu masa”, itu saja dia kata.

Dalam sejarah family aku, memang ramai yang mati tercekik. Ada yang mati masa makan goreng pisang, ada juga masa makan mee goreng dan lain-lain. Tapi sebenarnya dioarang mati sebab kena serangan jantung masa makan, mungkin terkejut hidangan tuh sedap sangat kot. Harap-harap cik jijon tak jadi cam tuh. Sungguh lucu pula mati tercekik ni.

Tiba-tiba cik jijon cadang makan tembikai dengan nasi buat ganti sayur dan kuah. Mmm…sedap juga dan sungguh juicy.

Sebab tak kenyang, pak usop cari kueh la pulak. Tadi aku telah ditugaskan untuk beli kueh-mueh lepas balik kerja. Aku punya formula beli kueh adalah 2 biji untuk setiap jenis kueh. Sebab sebelum nih aku beli terlalu banyak dan membazir kata cik jijon, jadi kali nih aku beli setiap sorang 2 biji kueh. 2 untuk aku, 2 untuk pak usop, 2 untuk mak dan 2 untuk maktok, terlupa plak dekat cik yah. Bila tengok sikit sangat kueh, pak usop pun susah hati la dan terus cakap aku kedekut. Nasib laa, aku memang tak pandai membeli belah.

Tadi aku dengar kat berita tv tak habis-habis cerita pasai kenaikan harga barang. Semua naik, harga ayam naik, harga tepung naik, harga cucuq pun naik. Lepas nih apa lagi nak naik, aku pun tak tau. Nampaknya tak ada jalan penyelesaian. Acara tuduh-menuduh dibuat untuk meyibukkan pegawai hal ehwal dalam negeri dari melakukan pemantauan. Pemantauan plak ala-ala hangat taik ayam. Jadi nak tak nak peniaga terpaksa la beli juga sebab nak tunggu harga turun, lepas raya pun belum gerenti turun.

Satu saja penyelesaian yang aku nampak iaitu kurangkan makan. Rakyat Malaysia nih terlalu makmur dengan makanan. Maka macam-macam penyakit la yang timbul la nih. Rasulullah pun cakap, perut yang kosong menjana pemikiran cemerlang. Latih lah diri sendiri dan anak-anak untuk bersederhana dalam menjamu selera. Takkan la puasa semua benda nak lantak. Rasulullah pun berbuka dengan sebiji tamar dan bersahur pun dengan sebiji tamar.
Kalau dah semua benda makan mahal, makan saja la buah-buahan & sayuran. Boleh juga jaga kesihatan. Tapi nanti harga buah-buahan & sayuran plak naik. Ate...nak buat macam mane. Goncang poket, tanya selera.
Makan lah untuk hidup bukan hidup untuk makan.

No comments: