Terkunci

Letih bila teringat
Semua peluang yang terlepas sahaja

Gagal untuk mengubah nasib
Gagal untuk berkasih
Cukuplah ku mencuba

Puas ku
Melangkah tapi tak ke depan
Cukuplah ku melawan

Biarkan aku tinggal seorang diri
Kerana hati ini dah lama terkunci
Biarkan saja ku berkurung di sini

Masih mahu bercinta
Walaupun sedar kekurangan diriku
Masih berusaha mencari
Walau tak mengerti
Khazanah yang ku rindu

Puas ku
Mencari tapi tak terjumpa
Tertanya buat apa

Biarkan aku tinggal seorang diri
Kerana hati ini dah lama terkunci
Biarkan saja ku berkurung di sini

-Kunci, Shanon Shah

No comments: