Macam-Macam Ada

Sehari di Maybank.

Bawa maktok ambik pencen yang dah 3 bulan tak ambik. Sememangnya aku sungguh benci menunggu untuk mengadap kaunter dan orang-orangnya. Alangkah indahnya hidup jika semua urusan secara online. Tak payah la berurusan dengan makcik-makcik gila kuasa dan pakcik-pakcik yang gatai mata.

4021. Sila tunggu sebentar. Nombor sekarang ialah 4020. Itu yang tertera pada resit nombor giliran aku. Tapi azabnya (apasal aku guna ayat Zerry Project Runaway Malaysia nih???) aku tunggu dari jam 11.15 sampai 12.20 tgh. Ish ..ish..ishhh…ramainya orang di antara no. 4020 ke 4021. Ya, ada teknologi pon lembab, tak ada teknologi jangan cakap la.

Dalam keboringan tuh, aku cuba mencari hiburan dengan melihat gelagat-gelagat manusia di Maybank. Ada sorang apek nih kerana kepenatan bendiri mengambil tong sampah yang disediakan di setiap kaunter untuk membuang resit nombor giliran, tisu atau sebagainya sebagai kerusi. Terpikir juga aku betapa arkitek dan interior designer yang pandai-pandai dengan berlonggok-longgok ijazah nih boleh tak pikir tentang keselesaan pelanggan ynag mungkin tua, cacat juga kepenatan lagi panas baran. Nasib baik apek yang tua lagi selekeh dan aku percaya tak ada sehelai ijazah pun nih lebih kreatif dan praktikal lagi tak peduli orang yang dok tengok dia sambil berbisik-bisik tersenyum tanda kampong sungguh apek itu.

Begitulah masyarakat kita lebih memikirkan tentang diri sendiri lebih dari orang lain. Asal tak kena kat depa, orang lain biaq pi. Bila orang lain yang kena, depa senyum kambing saja sedangkan kambing pun tak senyum.

Satu lagi pasai sorang mamat yang bodoz lagi tak guna akai. Dia berdiri sebelah kaunter aku, sama-sama tunggu urusan kami diproses. Datang member dia yang berpakaian sungguh formal lagi kemas serta bersih juga wangi membuat aku rasa best jugak ada kawan metroseksual. Sambil dok sembang-sembang dengan member dia, boleh dia buang kertas kat lantai ala-ala pasangan yang berdating di tepi sungai lalu mencampak batu ke dalam sungai. Hoi, kau ingat lantai tuh nak telan kertas yang kau buang tuh ka…mau saja aku jerit kat mamat tuh.

Nasib baik member dia yang kemas, bersih, wangi lagi metroseksual itu bersuara.

“apa la hang nih, tong sampah dekat tak sampai setapak pun tak mau guna ka”, member mamat tuh.

“ala, nanti depa kutip la”, mamat bodoz lagi tak guna akai. Dia tengok aku sedang merenung tajam dengan mata yang bersinar-sinar macma pakai shampu rejoice.

“teruk betui la hang nih”, member mamat bodoz.

Betapa tersentuh hati aku bila member mamat bodoz tuh mengutip kertas tuh lalu membuangnya dalam tong sampah. Dan mamat bodoz tuh dok tersenyum-semyum macam kerang busuk. Baru hari nih aku tau macam mana rupa orang yang senyum macam kerang busuk sebab mamat tuh memang huduh macam kerang lagi busuk dan bodoz. Nasib baik la aku nih En. Zzarym, kalau tidak mesti dah buat member mamat bodoz tuh jadi balak.

Kenapa la orang melayu nih susah sangat nak jaga kebersihan. Susah sangat kah nak buang sampah dalam tong sampah? Susah sangatkah hidup bersistem? Orang barat dulu lebih awal maju sebab depa awal-awal lagi dah sedar betapa pentingnya hidup bersistematik. Sama-sama menjaga hak-hak bersama dan memulihara alam yang telah lama berbakti. Tapi orang melayu, tak kira la berapa tinggi pun bangunan KLCC tuh di bina, berapa ramai pun angksawan melayu ke angkasa tetap masih ada yang pengotor.

Paling sedih bila raya hari tuh aku tengok masih ada mak bapak yang berhenti di tepi lebuh raya dan membawa keluar sebotol mineral lalu bagi anak depa kencing tepi jalan. Walhal orang dah buat R&R tuh, macam-macam ada. Kadang-kadang sakit hati aku tengok bangsa aku sendiri. Macam nak lari hijrah ke luar negara saja. Patut la che det teriak masa baca puisi pasai bangsa melayu nih.

Kenapa orang Melayu : Pengotor, Malas, Banyak cakap dari buat kerja, Tak tepati masa ????

- Apa erti kehebatan tanpa cubaan dan dugaan.

2 comments:

Anonymous said...

orang melayu jadi lemah dalam segala segi sebab PARENTING yang lemah dari parents orang melayu tersebut, yeah! - salam perkenalan dariku yang xmrsmbp spm96!

Mr.Ay-z said...

salamz. betui ka exmrsmbp 96 nih? belantara ka?