2 Disember 2007

Ingat lagi pada cinta pertama? (gegegege)

Memang bercucuran air mata mengenangkan kisah cinta pertama ni. Macam-macam ada.

Bagaimana ia terjadi, semuanya secara tiba-tiba.

Tiba-tiba terpisah,
Tiba-tiba resah bila pertama kali dia tiada,
Tiba-tiba teringatkan dia selalu,
Tiba-tiba merisik khabar dari rakan-rakan,
Tiba-tiba mengintai dari jauh untuk melihat dia di halaman rumah,
Tiba-tiba perut memulas-mulas bila tiba-tiba bertentang mata,
Tiba-tiba ketiak berpeluh-peluh bila dia telefon,
Tiba-tiba bermimpi indah bersama dia,
Tiba-tiba semuanya didedikasikan buat dia,
Tiba-tiba bertanya mengapa merasa begini,
Tiba-tiba …dilamun cinta.

…………

Tiba-tiba dapat sms dari member,
Kau dah dapat jemputan?,
Tiba-tiba aku reply 'jemputan apa?',
Tiba-tiba dunia berhenti berpusing,
bila member aku reply ' ...(dia) nak kawin 2 Dec ni',
Tiba-tiba aku jadi sentimental,
Tiba-tiba Hadie sms 'oi, kat mana?',
Tiba-tiba aku sedar dah sampai Ipoh,
Tiba-tiba …aku tulis kat blog ni apahal!

To my first love, Selamat Pengantin Baru.

Terima kasih kepada Project Paper ku. Jika tidak, aku mungkin akan diheret ke Melaka oleh kawan-kawan ku pada 2 Dec ini. Tak sanggup aku melihatmu dipersandingan.

No comments: