Ada apa dengan Tengku Zzarym…

Ada apa dengan Tengku Zzarym…

1. Password

Dia selalu lupa password. Dia tulis password dalam buku supaya tak hilang tapi buku pulak yang hilang. Dia selalu lupa password. Kat mana nak salin password bagi tak hilang.

2. Top up

Apasai dia tak pernah ingat cara nak top up credit melalui SMS nih. Ishhh…padahal dalam sebulan berapa kali dia beli top up. Asyik-asyik kena belek baca arahan kat kad kecik tuh. *122* ja, susah sangat ka haa…

3. Arahan merangkap manual book

Satu tabiat dia yang tak boleh ubah ialah membaca arahan selepas selesai membuat kerja. Habis pasang almari, baru terhegeh-hegeh nak baca cara-cara memasang. Dah bawa kereta jauh-jauh sampai habis minyak, baru nak cari manual book tengok cam na nak bukak tempat minyak. Bodozzz.

4. Nescaffe

Masa kat Ipoh, hadie selalu buli dia bancuh nescaffe. Kat rumah, cik jijon pula suruh bancuh nescaffe wajib sehari 3 kali. Bila pakcik makcik dia balik kampung, depa wajib buli dia bancuh nescaffe berteko-teko. Bila pi rumah depa pun, dia juga yang kena bancuh nescaffe. Habis, sapa nak bancuh nescaffe kat dia nih…!

5. Usha

Dia suka usha orang tapi tak sampai tahap cik adik ampang. Dia lebih suka perati orang dari bercakap. Dia perati bukan sebab minat kat orang tuh tapi saja suka tengok lagak dan gaya manusia. Tapi bila orang lain perati dia, dag…dig…dug…jantung berdebar…

6. Fikir dulu baru cakap @ Cakap dulu baru fikir

Orang kata pikir dulu baru cakap tapi dia selalu cakap dulu baru pikir. Apa pun dia rasa dia jujur bila berkata-kata sebab bila dia cakap terus dari hati tanpa ditapis melalui fikiran. Minda itu kadang-kadang ligat menipu tapi hati jarang sekali berbohong.

7. Rambut

Apa lagi nak pakai ya. Beli kat supermarket pun sama, beli kat hairstylist pun tak berubah…rambut dia tetap maintain serabut mengerbang. Sesungguhnya dia memang tak reti mendandan rambutnya yang ikal mayang tak mengurai nih.

8. Senyum

Senyuman dia memang manis. Itu sebab dia selalu senyum bila bercakap dengan orang. Tapi tahukah anda, otot-otot muka dia selalu kejang akibat banyak senyum. Sesungguhnya itu adalah tindakan luar kawal yang ingin dia hapuskan. Loteh aihh sonyum jo memanjang.

9. Sunglasses

Padangan mata dia selalunya kabur dan tidak menyeluruh sebab alis mata dia yang lentik dan panjang tuh selalu mengganggu. Sebab itu dia tak suka pakai cermin mata tapi dia suka pakai sunglasses.

10.Cantik

Dia hanya suka benda-benda yang cantik sahaja. Yang tak cantik tuh minta maaf la. Tapi dia tak pernah umpat atau keji benda-benda yang tak cantik tau, cuma cakap dalam hati ja. Dia lebih rela tak dapat daripada dapat sesuatu yang tak cantik dan menyakitkan mata.

Cukup untuk kali ini. Panjang umur, murah rezeki…aku sambung lagi.

-the journey is written, but not the destination; The Mummy

No comments: