Sana sini kini sibuk bercakap tentang kebanjiran pendatang asing ke Malaysia. Statement dari orang itu dan orang ini pun mula la keluar di dada-dada akhbar, nak ambik nama dan nak tayang muka. Masa nih mula la kita tengok adegan tuduh-menuduh hebat keudara.
Ermmm…entah kenapa keluarga aku pun sejak akhir-akhir ini mempunyai hubungan dengan pendatang asing yang bernama Indonesia. Orang gaji aku pun orang Indon. Rumah aku yang sedang direnovate sekarang nih pun orang Indon juga yang buat. So far, orang-orang Indon nih belum lagi buat hal dan aku boleh cakap depa nih lebih baik daripada sebahagian orang-orang di dalam keluarga aku.
Pendatang asing dari Bangladesh pun ada yang jadi kawan mak aku (biasa la mak aku, kawan dengan semua orang). Pakcik Bakhtiar nama dia. Mai Malaysia tahun 1991 sebagai bai carpet. Mula-mula dia jual satu carpet kat mak aku, bila dah berlori-lori carpet mak aku beli, terus la jadi family friend. Dari juai carpet dengan motor, sekarang dan ada van. Dari status pendatang asing, dah jadi warganegara Malaysia.
Setakat sekarang kami ada beberapa kawan pendatang asing, kawan mahluk asing ja belum ada. Jauh perjalanan, luas pandangan. Musuh biar satu, kawan biar beribu (bukan beribu yang maksud 'mak' tuh tapi beribu-ribu lemon).
Aku rasa kedatangan pendatang asing nih memang patut disekat. Tapis-tapis dulu nak bagi masuk negara ni. Takut-takut bertambah lagi masalah sosial kat Malaysia nih. Tapi kalau dah ramai, macam mana nak tapis kan? Pendatang asing yang mai atas tiket melancong pun kena dipantau. Banyak sangat dah yang guna tiket melancong untuk masuk ke negara nih. Lepas tuh terus menetap secara haram. Duduk elok-elok tak pa juga, nih bawa bencana.
Jangan pula ada pilih kasih. Indon ka… Myanmar ka… Bangladesh ka… geng-geng Black eye peace ka hatta tok-tok Arab pun kena tapis dan pantau aktiviti depa kat sini. Tak kira apa bangsa pun, nama ja manusia mesti ada yang baik dan yang jahat.
Lagi satu, orang kita sendiri juga yang jadi musuh dalam selimut. Jadi ejen untuk bawa mai pendatang asing sebagai pekerja la, pelajar la, pelancong la, apa-apa pe yang boleh dibawa masuk pun depa rembat sekali. Al-kisah sebabnya, komisyen banyak masuk dek. Tak boleh la macam tuh, masa depan anak-anak kita, masa depan negara kita pun kena pikiaq juga. Bila dah banyak sangat warga asing kat negara kita ni, takut-takut bangsa sendiri jatuh ke laut.
Kat kolej aku kerja tuh, berderet nama pelajar antarabangsa tapi kelas tak pernah mai pun. Nampak muka time pendaftaran awai-awai semester ja, lepas tuh hilang pi kerja nunsampai Johor pun ada. Bila aku tanya, depa kata kolej tak cukup duit. Terpaksa ambik pelajar asing untuk tampung kos. Bila imegresen buat check-up, baru kalut call student suruh mai. Surat-surat dan transkrip-transkrip palsu nih jangan kata la, cik Nor juga yang pening kepala dok reka.
Yang jadi orang tengah tuh pulak, komisyen sana sini nih dia kebas. Kat pelajar pun dia rembat, kat pihak kolej pun dia sebat. Licik…licik. Kadang-kadang rasa nak berenti kerja pun ada daripada kerja dengan majikan yang tak patriotik macam ni. Tapi apa boleh buat, aku anak raja buangan negeri.
-Tuhan bertindak seperti apa yang difikirkan oleh hambaNya.
Video credit to Samtriggy
2 comments:
Anonymous
said...
yup yup, kebanjiran pendatang asing ni yang paling aku takot, depa buat onar dan duri dinegara ini... apa-apa pon kemasukan secara haram ke negara kita ni mesti didalangi oleh rakyat negara ini yang jahaaattt.... - salam perkenalan dari aku yang xmrsmbp spm96, yeah!
2 comments:
yup yup, kebanjiran pendatang asing ni yang paling aku takot, depa buat onar dan duri dinegara ini... apa-apa pon kemasukan secara haram ke negara kita ni mesti didalangi oleh rakyat negara ini yang jahaaattt.... - salam perkenalan dari aku yang xmrsmbp spm96, yeah!
salam disambut dari exmrsmbp intake '97
Post a Comment