Minou Demam
“Minah…minahhhh…”
“Zzarym…”
“Saya.”
“Kucing awak nama minah ka”
“Bukan minah…minou.”
“MI-NU…(menyebut dengan membeliakkan biji mata)”
Minou demam. Mata dia berair. Aku bawa dia jumpa doktor.
Ramai jugak mak-mak datin bersama datuk-datuk pencen yang pi klinik haiwan tadi. Best pulok tengok depa…such a loving couple.
Iya laa, dah melewati usia senja macam tuh mesti la habiskan masa berdua bersama. Berduakan lebih baik.
“Daddy, kita nak potong kuku dia tak?”
“Tak payah la, you suruh doktor trim bulu mata dia dan mandi sudah la.”
“alaaa baby baby…nanti kita masuk jumpa doktor dengan daddy ya.”
Aduh Saleha
Sapa Saleha ni. Macam famous tapi tak kenai. Hadie pun kata tatau nyanyi walaupun dalam kepala dia Macam-Macam Soundtrack Ada. Nasib baik dalam folder Amin ada lagu Mawi…Aduh Saleha. Sejak itu melodi Aduh Saleha menjadi siulan ku di bilik mandi.
Tadi Saleha call, ajak dating kat Genting. Wahaha…walaupun tak pernah bersua muka tapi hati ini kuat untuk bertemu dengan mu, wahai Saleha. Mungkin ini yang dikatakan AURA…AURA SALEHA.
-nak pi Genting naik bas go genting...go genting.
Nasi Kandar
Lokasi : dapur baru cik jijon
Masa : 12.20 tengah malam
“bla..bla..blaa..blaaa…..dapur baru.” (pakcik ali, pak usop, cikmah, cik jijon + anak-anak mereka)
“bla..bla..blaa..blaaa…..kenduri kawin.”
“bla..bla..blaa..blaaa…..nasi kandar.”
“nasi beriyani kat Parkson SP tuh, lauk kambing dia tip top. Tapi buka sampai pukui 2 petang ja”, pak usop
“tak pa, esok kita pi pekena”, pakcik ali.
"depa buat dah", cik jijon.
“ahhh…ada nasi lemak royale baru kat depan yawata”, pak usop.
“tiruan kot”, pakcik ali.
“dak…satu cawangan dengan anak bukit, org sama”, pak usop.
“bukak pukui berapa?” pakcik ali.
“petang.”
“tapi la ni pon buka lagi rasanya”, pak usop.
“jom”, pakcik ali.
“tok sah dok buat gila, tengah-tengah malam makan nasi kandar”, cikmah.
5 minit kemudian….
Pakcik ali dan pak usop telah membawa anak-anak masing secara paksaan kecuali bini-bini mereka yang sememangnya tegar dan ketegaq ke gerai nasi lemak royale. Menunya semestinya nasi kandar kecuali aku yang hanya terdaya meneguk apple juice hasil tangan mamak-mamak yang hitam itu. Kami semua pun beramai-ramai dengan geng-geng penyokong Kedah yang frust akibat kalah bola dengan Perlis melantak nasi kandar dengan penuh semangatnya pada jam 1.20 pagi.
3 hari kemudian….
Pakcik ali dan pak usop telah menerima rawatan di klinik panel masing-masing. Doktor masing-masing telah mengesahkan symptom-symptom yang dialami adalah akibat daripada aktiviti makan yang melampau.
- Kenapa la orang melayu suka makan nasi kandar. Sanggup ambik cuti untuk balik kampung semata-mata untuk mengeratkan hubungan kekeluarga melalui aktiviti M.A.K.A.N.
Burung apa?...burung murai.
Iklan khas buat cik jijon dari anak-anak sedara tersayang.
“Mulut apa makngah?"
"mulut murai"
"mulut apa makngah?"
"mulut murai"
"mulut apa tu makngah?"
"mulut murai"
hehehehe...
"best tak iklan kita orang buat untuk makngah", anak-anak sedara.
“Jebon betui budak-budak ni.” cik jijon.
Iklan ini benar-benar beerti buat anak-anak sedara cik jijon. Inilah senjata bagi menghangatkan hati cik jijon dan cik jijon sangat benci pada iklan ini.

No comments:
Post a Comment