Aku tak biasa dengan kehidupan jalanan.
‘F word’, @#$5%%67***, shit…itu semua bukan bahasa ku.
Tapi aku suka bila P. Ramlee sebut ‘celaka’.
Mungkin itu satunya bahasa kesat yang aku tahu sebut.
‘Mangkuk’ pun aku pandai sebut juga.
Aku tak pernah shopping mahupun ‘window shopping’ di lorong sempit kat pekan aloq staq hatta ke petaling street dan jalan TAR sekalipun.
Sesekali aku ke
Tapi wajah-wajah manusia yang pelbagai bentuk dan paras.
Akhirnya aku balik dengan seribu wajah.
Aku tak pernah makan nasi dengan kicap berlaukkan telur goreng.
Ikan masin, ikan talang, ikan pekasam, sayur taugeh jangan harap aku nak sentuh.
Bukan berlagak tapi aku tak memang tak biasa dengan hidangan macam tu.
Biarpun sesengkek mana hidup aku, roti gardenia 50 kupang cukup mengalas perut.
Tapi…
Aku suka benar dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.
Biar meleleh air hidung, namun nasi ku tambah, ku tambah juga.
Aku tak pernah naik bas ke sekolah.
Pergi dan balik semua dijemput.
Tapi aku pernah seludup naik bas sekolah mona.
Bukan aku tak suka tapi tak berani nak picit loceng bas bila dia melewati depan rumah aku.
Jadi bila kau naik bas, aku selalu turun di hentian terakhir bas.
Terpaksa pula telefon orang mai ambik aku kat stesen bas.
Aku tak suka makan di gerai-gerai atau
Tisu tadak, sinki kotor sabun pun tadak, order lambat sampai, food presentation yang halai-balai, layanan yang sombong dari waiter waitresses.
Pelancong mai pun depa tak heran, inikan pulak muka melayu.
Janji duit aku tak keluar banyak, untung pula digenggam rapat
Aku heran kenapa melayu kurang kritis dan kreatif.
Guna saja apa yang ada.
Bila rosak dan buruk, minta kerajaan beri lagi.
Minimalis sungguh peniaga melayu.
I'll never break your heart...
aku memang tak minat Backstreet boys
no string attach...
tapi aku minat N'Sync

No comments:
Post a Comment