Kuala Lumpur…
Di sini bertembungnya dosa dan pahala.
Ribut petir boleh betukar menjadi panas terik yang membakar.
Pertukaran cuaca yang mendadak membuatkan aku jatuh sakit.
Mungkin aku perlukan lebih vitamin di sini.
Kuala Lumpur…
Di sini pertembungan keindahan dan kehodohan.
Manusia bisa bertukar menjadi alim dan syaitan bila-bila masa.
Penyamaran itu membuat aku lebih berhati-hati dengan makhluk bernama manusia.
Mungkin aku perlu lebih zalim di sini agar tidak menjadi mangsa kezaliman.
Kuala Lumpur…
Di sini bersatunya kelemahan dan kekuatan.
Tenaga dan minda dikerah beradu.
Persaingan ini membuatkan aku letih.
Mungkin aku perlu memotivasikan diri menjadi lebih tabah dan kuat.
Kuala Lumpur…
Hidup di sini bukan mudah.
Semakin lama aku di sini semakin banyak yang aku saksikan.
Di sebalik kehodohan ada keindahan.
Di sebalik kepincangan ada kekuatan.
Di sebalik kemungkaran ada keinsafan.
Aku bertambah menghormati insan bernama wanita di Kuala Lumpur ini.
Wanita-wanita yang bergelar isteri, ibu dan anak.
Kelemahan pada diri sebenarnya adalah kekuatan yang tak mungkin ditandingi seorang lelaki perkasa.
Melihat wajah mereka yang terlelap di dalam komuter, terbayang seribu kepenatan.
Namun sebaik saja mata dibuka, mereka bingkas bangun menjadi manusia robotik yang bekerja 24 jam sehari.
Titisan air mata bukan tanda mreka lemah meminta simpati…
Tetapi satu-satunya cara untuk melepaskan segala tekanan dari semua bebanan.
Syukur, ibu ku bukan di Kuala Lumpur.
Dan aku tak ingin melihat wanita-wanita yang aku sayangi mengharungi hidup di Kuala Lumpur.
Sekali pun mesti mereka berada di sini, biarlah dengan segala keselesaan juga kemundahan.
Tidak tegar aku melihat mereka bangun sebelum ayam berkokok menyiapkan segala kelengkapan untuk sang suami, si anak juga si ibu yang tua.
Tidak sanggup aku melihat mereka berasak-asak di dalam komuter, mengeluh kesesakan jalanraya.
Tidak mahu aku melihat mereka diherdik manusia gergasi bernama ‘boss’ demi untuk satu penghidupan bersama yang lebih baik di kotaraya.
Tidak sesekali aku biarkan mreka dihimpit permasalahan hidup angkara bapak-bapak yang buas.
Tidak akan aku biarkan mereka mengharungi itu semua walau aku tahu mereka boleh…
Kerna mereka itu kuat, walau bukan semua.
Nasihat aku, berilah tempat duduk buat ibu-ibu mengandung di dalam train.
Wahai lelaki, jangan engkau rakus mementingkan diri sendiri.
Wanita KL
kata tanpa suara
Mr.Ay-z
at
1:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment