“Amin minat la kat Elyana ni.”
Amin adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan budak Elyana nih kat aku. Aku lihat banyak gambar-gambar Elyana tertampal di dinding bilik Amin. Selain gambar Juliana Banos, dompet Amin sudah ada gambar Elyana.
Aku tanya Amin, sapa budak ni. Amin kata penyanyi baru, masa tuh lagu dia yang tengah meletup adalah ‘Niat’(kenapa aku boleh ingat benda tak berfaedah macam ni huh?).
Peristiwa di atas berlaku ketika amin masih lagi di bangku sekolah dan kini Amin sudah di bangku Universiti dan lebih tinggi dari Hadie…hehehe.
Tapi aku tak rasa aku akan minat Elyana pada masa tuh.
Bila aku baca artikel awek aku memuja-muji Elyana ni, hati aku remuk redam. Awek aku kata penyanyi baru sekarang bukan saja pandai menyanyi tapi juga pandai bergaya, tak macam zaman dia dulu (tuh nak mula cerita baju dia yang labuci-labuci lagi la tuh).
Ermmm…aku masih tak ada perasaan pada budak Elyana ni.
Bila Moim suruh aku tengok video klip Elyana, aku tak naik motor tapi aku naik hairan. Kenapa semua orang cakap pasai Elyana ni.
Aku pun tunggu dan tengok sampai habis vieo klip Elyana yang mula-mula dia jadi kecik dan last sekali dia jadi besar. Moim kata bangcik suka video klip tuh.
Aku tak tau kenapa aku masih tak suka budak Elyana ni walaupun semua orang di sekeliling aku hangat memperkatakan tentang Elyana ni.
Bila aku tengok siri TV ‘Dunia Baru’, aku rasa aku mula suka si Elyana ni. Aku rasa awek aku betul, budak nih memang pandai bergaya. Aku suka imej dia dalam ‘Dunia Baru’ tuh. Tapi aku tak puas hati kenapa dia mesti suka pada budak Yusof tuh (merujuk watak jejaka idaman Elyana di dalam cerita Dunia Baru yang kononnya macam muka Orlando Bloom)….uwekkkk.
Bila Elyana nyanyi lagu tak masuk akal, ehhh…silap. Maksud aku lagu ‘tak tercapai akalmu’, aku rasa muzik dia best sebab tak macam muzik ‘Langit ke 7’…hehehe.
Aku dah suka banyak kat Elyana ni (suspend tak?)
Bila Elyana nyanyi tak pakai kasut, ramai orang mula complain. Tapi aku tak kisah sebab perasaan yang bernama SUKA sudah mula berputik di hati ini.
Aku pun mula dengar lagu-lagu Elyana yang aku curi dari koleksi lagu-lagu Amin. Aku rasa muzik budak nih lain dari muzik main stream penyanyi perempuan kat Malaysia ni. Aku sukak!!!
Hadie sms aku pasai lagu Elyana yang ada perkataan satellite (maklum la tengah hangat dengan berita angkasawan Malaysia pertama ke angkasa lepas) tuh, dia kata dia suka lagu tuh.
Ya, aku pun suka juga lagu tuh. Kalau dulu aku tak suka video klip Elyana yang dari kecik jadi besar tuh, sekarang aku suka video klip dia yang make up macam kekasih Charlie Chaplin tu.
Baru ni aku Nampak Elyana berlakon drama dengan anak lelaki Sinclair kat Astro. Aku suka sebab aku pernah cita-cita nak berlakon iklan macam anak lelaki Sinclair tuh.
Hari ni aku nampak ada satu lagu baru dalam koleksi lagu Amin, tajuknya ‘Syukur Kesedar’. Aku pun play la, rupanya lagu Elyana. Aku suka la, ada unsur-unsur Islamic rock. Aku pun dengar lagu tuh satu hari suntuk dan aku dah bagitau Hadie yang aku suka Elyana ni.
Kesimpulan untuk cerita aku hari ini adalah, aku dah suka pada Elyana dan tak malu untuk mengakuinya.
Ok la, kerja berlambak-lambak tapi dok buang masa tulis benda tak berfaedah ni. Malam karang nak pi tengok wayang (hodoh tak bunyinya?) dengan Hadie. Kami nak pi tengok cerita Batman sebab aku malu nak tengok cerita I’m Not Single dengan Hadie…wuahahaha.

No comments:
Post a Comment