Chandramukhi

Adakah anda layan cerita hindustan atau bahasa modennya filem Bollywood?

Masa aku kecik-kecik dulu, pak usop telah mempengaruhi aku dengan cerita-cerita hindustan. Jadi aku memang kenal sangat la dengan adik beradik kapoor nih seperti abang yang sulong bernama Raj Kapoor, adik yang tengah bernama Shami Kapoor dan adik yang bongsu bernama Shashi Kapoor dan seterusnya anak pinak kapoor ni (kalau nak cerita, mau blog edisi 2020 pun belum habis cerita). Itu tak termasuk hero-hero lain seperti Rajesh Khanna, Dev Anand, Dhamendra, Amitha Bachan,Rishi Kapoor & Anil Kapoor.

Jangan ingat aku kenal hero saja tau, heroin pun aku kenal macam Saira Banu (tak tau eja), Sharmila Tagor, Hema Malini, Sri Devi (nih ratu ular ni, benci sungguh aku kat dia ni)..erm, itu saja kot.

Tapi itu semua oldies la. Kemudian datang la pula zaman 'The Khan' yakni Shahruk Khan, Aamir Khan dan Salman Khan. Tapi aku dah tak layan dah hindustan masa ni kecuali zaman aku kawan dengan Lia. Lia banyak bagi aku pinjam CD hindustan.

Tapi bukan la maksud aku nak menulis tentang salah-silah pelakon hindustan ni untuk entry kali ni. Cuma sekadar nak bercerita tentang seseorang ...

Aku ni jarang sekali suka atau tertarik pada orang India. Jawapannya mudah, aku tak suka orang berkulit gelap (memang racist). So, memang susah aku nak kawan atau pandang orang India ka atau pun Niger ni...

Tapi aku tertarik sungguh la pada sorang gadis India kat office aku ni yang aku panggil Chandramukhi. Pertama kali aku nampak dia, senyuman dia terus melekat kat hati aku ni. Manis sungguh la senyuman Chandramukhi ni, confirm tak akan dapat diebetis.

Bila aku habis training, cube aku dekat dengan cube Chandramukhi ni. Masa tuh aku baru tau nama dia yang sebenar tapi aku tak boleh bagitau la kat sini, nanti dia baca pulak.

Semua buddy aku memperkenalkan dia pada aku dengan standard tag "handle with care". Aku tak faham, kenapa semua orang suruh aku handle pompuan ni macam tuh.

Chandramukhi ni gadis moden. Rambut yang telah diperangkan, berkulit cerah dan pandai bergaya. So, dia tak la nampak macam Indian sangat.

Chandramukhi nih suka gelak. Bila dia gelak, aku rasa nak gelak juga tapi aku cuba kata pada diri aku 'Jangan Ketawa' please...so aku sengeh sorang-sorang saja la.

Orangnya happy go lucky. Hari Isnin & Selasa dia mesti bergaya sakan tapi hari lain dia sempoi saja ke office. Hobby si Chandramukhi ni berjalan-jalan satu office. Dia akan pergi dari satu cube ke satu cube mencari sesiapa yang free untuk diajak bersembang dan bergelak ketawa.

Chandramukhi ni fasih berbahasa Melayu. Dia suka mengusik orang. Dia pernah usik aku sekali tapi dia stop sebab tengok muka aku yang skema ni. Mungkin dalam hati dia cakap, 'boringnya mamat skema ni, aku buat lawak pun dia tak faham.'

Hari-hari dia balik lewat. Kemudian dia akan pergi mencari sesiapa untuk bersembang. Kadang-kadang orang yang datang cari dia untuk bersembang sebab dia memang sempoi dan boleh buat orang gumbira. Pernah sekali aku tengok dia bersembang sambil bersila di atas meja. Hyperactive budak ni, susah nak handle ni.

Bila dia marah customer, aku memang takut. Tiba-tiba saja English dia yang tahap mat salleh pekat tuh berubah menjadi Mumbai English. Semua 'r' sudah bergulung daa...

Jadi sekarang aku faham kenapa orang selalu cakap 'this girl you must handle with care'.

Tapi senyuman Chandramukhi ni memang manis la, tak dapat aku nak bayangkan dengan kata-kata. Bila dia senyum, aku rasa macam kena tembak 'deshummm..deshummm' tapi tak mati-mati sebab aku mesti terus hidup untuk terus melihat senyuman itu. Wahahaha...dah jadi cerita hindustan la pulok.

Zindagi eksafar hai suhana,
Yahan kal kya ho kisne jaana,
Arey o leiyo leiyo, oleiyo leiyo,
Oleiyo leiyo, oleiyo leiyo,
Oleiyo leiyo, oleiyo leiyo...

2 comments:

Hadie said...

kekeke... sakit perut
bodo gila entry ni

Mr.Ay-z said...

tolong laa...
jauhkan saya dari Chandramukhi,
saya tak mau jadi hero hindustan,
cukup la hero remaja.
wuahahaha....