Sedang aku menunggu lift di kolej aku terbuka, mata aku liar membaca notis-notis yang tertampal di dinding itu.
Khusyuk aku membaca.
Tiba-tiba aku rasa jari jemari aku basah.
Aku tunduk dan berkata, "heiii..."
lalu sambung membaca notis-notis itu semula.
Setelah aku selesai membaca, aku toleh disebelah aku.
Tiba-tiba aku terloncat.
Pangalaman aku digigit anjing ketika pulang dari sekolah dulu membuat aku berhati-hati dengan makhluk bernama anjing ni.
Lift pun terbula dan aku terus menerpa masuk ke dalam.
Baru aku teringat, rupanya tadi anjing itu yang jilat jari aku.
Nasib baik aku tak kuci-kuci dia macam kucing.
Pesanan aku, jangan baca notis di lift kerana anda mungkin tidak sedar siapa di sebelah anda.

2 comments:
eiii... kena samak la.
kuci-kuci tu kata kerja ka? perbuatan macam mana tu?
dah berapa hari delay samak nih, boleh lagi ka?
kuci-kuci tuh macam anda menggaru dagu kucing sambil berkata "kuci-kuci hota hai".
Faham anak murid?
Post a Comment