Sunset

Tadi tengahari aku pi dating dengan Raj.

Memandangkan kami dua orang tadak mood nak makan (sebab aku masih demam), so Raj bawa aku pi tepi pantai.

Tempat tuh best jugak la sebab bukan pantai untuk tatapan umum. Hanya penduduk setempat saja yang tau.


Angin kuat sangat, aku ingat dah nak tsunami. Ada padang yang menghijau, ada juga tasek. So kalau tak mau memancing di laut, sila lah pergi memancing di tasek.

Raj hampaq kain kotak-kotak warna merah. Aku tanya Raj, “nak picnic ka?”

“macam mana nak picnic, tadak sandwich,” kata Raj.

Lalu kami pun duduk sambil berpura-pura sedang berpicnic.

Memandangkan kami berdua ada setengah jam waktu rehat untuk disia-siakan, jadi kami bersetuju untuk sama-sama menunggu sunset pada pukul 1.30 tengahari. Ya, 1 tengahari!

Raj bersiap sedia dengan camera di tangan dengan harapan tidak terlepas menangkap gambar sunset.

Kehadiran budak-budak kampung yang ponteng sekolah sedikit mengganggu tumpuan kami. Biasa la orang melayu, suka jaga tepi kain orang.

Setelah tunggu punya tunggu, sunset tak muncul juga. Jadi kami pun berangkat pulang agar tidak dimarahi bos kerana masuk lewat.

Aku bercadang berdating dengan hadie suatu hari nanti sambil menuggu untuk menangkap gambar sunset sekali lagi …mungkin pada jam 1 pagi pula.

Raj berpesan, “jangan dating kat sini dengan perempuan, nanti pak haji mai kacau walaupun di siang hari. I tak pa sebab non-muslim, you nanti kena tangkap basah.”

Lalu aku bagitau Raj, “ jangan bimbang, aku dan hadie dah pernah kena tangkap basah walaupun kami kaum sejenis dan peristiwa itu memang sungguh memalukan.”

Pesanan Diraja : Kalau anda rasa tension bekerja, pergilah ke mana-mana tempat untuk melihat sunset di waktu rehat. Nescaya segala tension anda akan release.

5 comments:

Hadie said...

wah... adakah kita kaum sejenis?

mustahil.

bukankan ditangkap basah bersama kaum sejenis lebih memalukan? begitu homoseksual...

tak rela...

Anonymous said...

bole ke ditangkap basah dgn kaum sejenis? abis kalau dah kena tangkap nak wat pe? takkan kasik kawin lak...

hahaha...

Anonymous said...

Eeleh.. kalau takat kena tangkap basah ngan hadie, aku pon penah. semua orang pun penah agaknya.

mencurigakan betul budak ni.

jadi, JANGAN KAWAN DENGAN DIA..

(kawan la dengan i, anak raja kacak, seperti pasha panda & tengku ismail.. aaauuuwwwww...)

Hadie said...

aii.. macam kenal ja ni
mangkuk hayun nih

Anonymous said...

apsal dia tak balas pun kata-kata kita nih in? curiganya....?

mana dia pi? jeng jeng
sudah ditangkap basah? tapi dengan siapa yaaaaa....?