Nih putera sulong nak bercerita. Nama aku Tengku Zzarym.
Aku adalah putera sulong dalam keluarga.
Aku ada 2 orang adinda yakni Tengku Warie (putera tengah) dan Tengku Amin (Putera Bongsu).
Ooppsss...terlupa plak aku pada puteri tunggal,Puteri Myra (ayunya nama...hihi).
Walaupun aku adalah bekas Hero Remaja tapi di antara 3 putera bersaudara ni, putera tengah adalah yang paling handsome dan menjadi harapan keluarga.
Dulu aku bercita-cita nak tubuhkan boyband macam KRU tapi tak kesampaian.
Kenapa?
Sebabnya aku dan putera bongsu memang tak sekepala dengan putera tengah yang agak konservatif dan ketinggalan zaman.
Bercakap pasai putera tengah ni, sebenarnya aku tak berapa nak kenal sangat mamat ni.
Kalau bukan Hadie yang ceroboh Friendster putera tengah masa di makmal komputer, Olympia College…mampus aku tak tau life dia macam mana.
Sejak kecil dia sudah dihantar belajar di sekolah elit berasrama penuh (apsai depa panggil asrama penuh aa?). Masa time cuti pulak, dia asyik baca buku saja.
Kalau sembang pun hal penting-penting saja.
Kalau korang mai rumah aku dengan fesyen yang agak trendy dan bertabiat seperti buang tabiat, dia akan gelengkan kepala sambil berkata “ish…ish..ish”.
Tak percaya tanya Hadie…kan nenek kan?
Paling latest aku dapat cerita yang putera tengah ni dah nak kawin tahun depan.
Dengan pilihan hatinya…ya, pilihan hatinya.
Sebenar putera tengah nih dah pun dijodohkan sejak kecil lagi dengan budak yang dipanggil Cik Wan oleh Ratu Zainab dan juga Permaisuri Jijon.
Aku tak pernah tengok Cik Wan nih samada ketika dia masih kecil ataupun sudah anak dara dan sekarang dah jadi mak dara.
Bila bercakap tentang Cik Wan nih, ini adalah ayat sinonim yang selalu aku dengar, “putih melepak, rambut perang, mata cokelat, bibir merah”.
Ermmm,,,,
Aku tak berapa nak percaya sangat dengan puji-pujian yang dihamburkan oleh Ratu Zainab dan Permaisuri Jijon tapi…
Bila paklang dan maklang yang tawaduk tuh pun boleh puji sebegitu rupa, tau la aku yang Cik Wan nih memang cantik (agaknya la).
Cik Wan ni dari kaum kerabat Ratu Zainab juga.
Anak orang bangsawan di negeri aku.
Aku tak pasti apa nama penuh dia.
Boleh jadi Wan Tempawan, Wan Cik Daud atau mungkin juga Obi Wan Kenobe.
Bila Cik Wan nih dah menjangkau umur harus kawin, mak bapak dia pun mai la merisik putera tengah.
Tapi malangnya pinangan itu ditolak kerana Cik Wan tak dapat menyediakan jambatan Pulau Pinang yang kedua….hihihi.
Tak lah, aku pun tatau apa sebab putera tengah tolak tapi aku rasa mungkin sebab putera tengah rasa muda lagi kot masa tuh.
Maka Ratu Zainab dan seisi keluarga pun turut kecewa kerana tak dapat bermenantukan Cik Wan yang rupawan tuh. Aku ingat kalau Cik Wan tuh janda, mesti depa akan terus berusaha memujuk putera tengah untuk berkahwin dengan Cik Wan (asal jangan suruh aku kawin sudah).
Kini putera tengah pun akan berkahwin dengan gadis pilihannya dari kalangan orang kebanyakan.
Adakah perkahwinan ini direstui keluarga…? (jeng..jeng..jeng)
Tentulah direstui keluarga, putera tengah kan anak dan cucu kesayangan.
Tapiiiii….(bikin gempaq sikit la)
Nanti la aku sambung cerita.
Sekian dan bertemu lagi dalam rancangan Ustaz Zambri Bercerita…wuhaahah(ini rancangan fav aku di bulan puasa).

No comments:
Post a Comment