Hinanya Aku

Saat ini,
Akulah insan yang paling hina,
Di sisiMu,
Aku hamba yang hina,
Di mata orang yang aku sayangi,
Aku manusia yang tak berguna.

Apalah janjiku padaMu Ya tuhan,
Begini hebat cubaan hidup Kau beri padaku.

Mungkin perasaanku tidak berharga,
Kata hatiku hanya omongan kosong,
Apa gunanya mendengar luahanku,
Apa faedahnya memahami rasa hatiku,
Maka aku tidak punya siapa selainMu Ya tuhan…
Untuk ku mengadu.

Semua salahku,
Ku tahu dan ku tahu,
Saat ini,
Tidak akan sekali aku menyalahkan Engkau dan mereka,
Akan ku lempar jauh segala rasa,
Harga diriku, Prinsip hidupku,
Takkan lagi aku banggakan,
Keegoan ku akan benam sedalam mungkin,
Kerana kini aku insan hina.

Satu pintaku padaMu Ya tuhan,
Tunjukkan aku jalannya,
Agar aku tahu,
Apa ynag aku cari selama ini,
Moga mampu aku berdiri semula,
Sebagai insan …
Insan yang berjaya dan mulia,
Tanpa menyusahkan mereka lagi.
PadaMu aku pohonkan pertolongan.

No comments: