Apa nak jadi dengan aku nih...?

Aku baru balik dari aktiviti di Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah. Aku nak cerita skit pasai perkara yang terjadi masa aku jadi facilitator di sana. Actually ada benda yang jadi dekat sana yang aku memang bengang habis. On the second night tuh, ada kes jadi pada aku dan 2 lagi facilitator perempuan. It was after maghrib prayer, the three of us went to the canteen to have our dinner. All the students baru saja habis makan and tengah siap sedia nak pi solat isyak pula. Masa pi kantin tuh, dua orang kawan aku tuh nampak kawan-kawan depa dekat kantin. So depa pun duduk la bersembang sat dengan kawan-kawan depa. Aku pun pi nak makan dulu tapi nampak cikgu kamal lambai tangan panggil aku. So aku pun pi la sembnag dengan dia sebab dia nak tanya aku macam mana nak download youtube movie and other thing about computer.

Lepas tuh aku dan dua orang lagi kawan pi la makan. Half way makan, mai sorang laki nih tanya dekat dua orang kawan aku pasai budak-budak laki yang depa dok bersembang tadi. Tetiba saja dari nak tanya terus lecture kawan-kawan aku tuh. Aku buat bodoh sambung makan saja la sebab benda tuh tadak kaitan dengan aku. Tapi aku tak suka cara pakcik tuh sebab cara dia bercakap tuh seolah semua orang jahat dan dia saja yang baik, memang ego habis. Aku tak kenai pakcik nih until la dia mention yang dia tuh camp commander kat situ sebab kem tuh dia yang punya. Actually dia marah sebab facilitator tadi bersembang dengan lelaki yang mai waktu maghrib dan hanya pakai seluar pendek dan singlet. Aku kesian juga bila dua facilitator tadi cuba jelaskan keadaan sebenar tapi dia menidakkan macam tuh saja. Seorang facilitator nih dan hampir nak teriak.

Aku dah habis makan, dia tak habis lecture budak-budak tuh lagi. Lepas tuh dia tanya aku, nampak tak kawan-kawan facilitator yang mai tuh pakai macam mana dan muka macam beruang tanah. Aku cakap la yang aku tak perasan sangat dan kata aku tak menilai orang dari luaran. Tak semestinya pakai seluar pendek tuh jahat. Muka dia dah lain tapi dia sambung lagi sikit lecture kat bebudak tuh. Pastu dia tanya aku sembang apa dengan cikgu kamal. Aku pun cakap la sembang pasai IT dan English course. Pastu dia marah aku pula pasai sembang dengan dengan cikgu kamal. Mesti dia bengang sebab aku tak sokong dia tadi dan cuba cari keslahan aku. Dia tanya aku ada bagi nombor phone dak dan aku kata ada la sebab aku nak tolong cikgu kamal install software kat laptop dia. Pastu dia kata aku cepat percaya orang. Dia kata jangan ingat pakai lebai dan dok bagi ceramah agama tuh baik, depa tuh semua ada niat lain. Sah pakcik nih gila. Tadi dia sendiri yang cakap orang pakai seluar pendek tuh jahat, nih pakai lebai pun takleh percaya juga…habis nak percaya orang macam mana. Aku pun fight balik la pakcik nih sampai semua orang kat luar tengok. Kebetulan malam tuh pula cikgu-cikgu ada buat BBQ. So aku cuba control dan try to end up the fighting sebab tamau timbulkan masalah lebih teruk depan orang ramai.

Orang macam nih memang tak guna bertekak sebab cakap macma mana pun dia juga yang betul. Aku selalu juga nampak pakcik nih time makan dekat kantin tapi tak tau siapa dia. Dekat dalam bilik, kawan aku kata pakcik tuh nama cik omar dan kem tuh dia yang punya. Kira gaji kami dia la yang bayar. Tapi yang aku selalu perasan pakcik nih dari waktu makan tengahari sampai makan malam asyik pakai baju sama saja. Sembahyang ka dan baik sangat ka dia.

Ini lah contoh orang tua yang tidak berguna. Dah la tegur orang waktu makan sampai kawan aku tuh tak habis makan. Orang tua-tua pun cakap, kalau nak tegur anak jangan tegur waktu makan. Second thing, tegur depan orang ramai pula. Kalau ya pun kami buat salah, bagitau saja yang dia nak jumpa kami dekat mana-mana lepas habis makan. Lepas tuh guna alasan saya lebih tua dari kamu, jadi saya dah tau semua jenis orang. Aku memang nak blah balik malam tuh juga tapi aku cakap aku nak jumpa dia esok since esok tuh adalah last day aku kat sana.

On the last day tuh aku memang nak pi jumpa dia kat rumah dia sebab rumah dia dalam kem tuh juga. Tapi aku dah disekat oleh ketua jurulatih dan jurulatih yang lain. Depa pun hairan kenapa cik omar tuh marah aku sembang dengan cikgu kamal sebab cikgu kamal pun sebahagian dari program tuh juga. Kalau dia marah dua orang kawan aku tuh ada la logiknya. Bila ketua jurulatih sendiri cakap macam tuh, aku lagi confident yang aku tak salah dan nekad nak pi bersemuka dengan cik omar. Namun depa tetap haling aku dengan alasan ayah aku pun tak pernah lawan dia, tak kan aku pula nak lawan dia. Hello, this thing is between me and him, tak dak kena mengena dengan ayah aku. Peduli apa dia kawan ayah aku ka dak. Bila depa tengok aku dah naik hantu, ketua jurulatih yang juga kawan ayah aku minta aku sabar. Dia kata aku adalah anak buah dia dalam program nih dan dia minta tolong jaga kredebiliti dia sebagai ketua. Aku fikir balik bila dia cakap macam tuh sebab pakcik manaf nih aku hormat sikit sebab dia tak macam kawan-kawan komando ayah aku yang lain. Dia amat berbudi bahasa, cakap pun lembut dan dia banyak tolong family aku. Bila aku dah terperangkap macam tuh, aku pun blah balik saja la.

Sampai rumah aku sembur ayah aku pula la. Cik jijon pun join sekaki sembur pak usop. Viva forever cik jijon! Rupanya cik jijon nih pun memang sakit hati dengan cik omar tuh sebab dia cakap tadak bahasa dan tak hormat orang. Cik jijon kata cik omar tuh prebet cabuk saja dulu. Sekarang nih berlagak sebab abang dia bagi kem tuh dekat dia, so dia boleh la berlagak jadi commander, nak tunjuk kuasa. Tak tau pula aku cik jijon kenai juga cik omar tuh. Cik jijon kata dia pernah perang mulut dengan cik omar tuh masa ayah aku bawa dia pi rumah cik omar tuh. Kalau aku tau cik jijon pun sakit hati juga kat cik omar tuh, malam tuh juga aku telefon cik jijon suruh mai gang up dengan aku berkelai dengan cik omar. Cik jijon pun bongkar habis rahsia cik omar yang dia dapat dari bini cik omar. Memang sah dia pun teruk, malah lebih jahat perangainya. Sesungguhnya manusia memang pandai berlagak baik dan pandai mengata orang tapi diri sendiri tak pernah diperbetulkan.

Tapi aku kesian pula tengok pak usop yang terdiam. Ya la… sebelah sini anak campur bini, sebelah sana kawan. Aku rasa aku memang dah kecewakan pak usop. Pak usop cuma nak tolong aku keluar dari permasalahan aku dengan suruh aku involve dalam beberapa aktiviti tapi aku dah end up dengan bergaduh dengan orang. Apa la nak jadi aku nih.

1 comment:

Unknown said...

Salam kawan...padam la entry ni dlm blog hg...pak omar tu dh arwah dh..xbaik hg dok cita peburuk kt org rmai psai perangai arwah...aku ni anak sedara arwah...anak kepada abg arwah yg konon nya bg kem ni kt dia...haha...apa² cari aku kt kem kenari nah...sori nah kawan klau bahasa ni aku kasaq..