The Happy Green Snoopy Picanto

Petang tadi pi ambik kereta baru warie dengan mak dan ayah. Ermmm…standard kereta buatan Malaysia la. Bukan aku nak lekehkan barangan buatan Malaysia lebih-lebih lagi di saat kita hendak menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 tapi realitinya masih banyak yang perlu diperbaiki jika kita benar-benar mahu meletakkan produk kita di kelas dunia. Retorik hanya sementara tetapi kebenaran adalah hakikat.

Aku tinggalkan mak dan ayah untuk test drive kereta baru warie. Aku kena balik cepat sebab cikyah takut tinggal sorang kat rumah, maktok pi Sungai Petani. Dalam dok berangan-berangan waktu drive tuh, tiba-tiba aku ternampak satu benda cute berwarna hijau di belakang kereta aku. Tanpa sebab yang kukuh, aku tergelak sorang-sorang. Betul la kata mak bedah, cute dan nampak macam bear. Tapi aku nampak macam nih…


Jangan marah aaa, nanti kena jual.

Aku gelak sorang-sorang sampai rumah. Perasan juga orang dekat pasar malam tuh dok tengok aku gelak sorang-sorang. Tapi beb, kereta lu memang lawak la. Picantoooo…surely will be our joey.

No comments: