Friend's Day

Di waktu siang itu…

Hari ini mood aku tidak sebaik semalam. Itulah, raya hanya sehari bagi aku.

Selepas rumah tertutup semalam, rumah aku menerima tetamu tak putus-putus. Hari nih para tetamu terdiri dari insan-insan yang bernama kawan, sahabat dan taulan. Cik jijon yang berpuasa pun terpaksa menyediakan nasi dagang dan bihun goreng sebagai menu utama.

Hari bersama sahabat handai kecuali aku yang tak bersahabat. Oh…tidak, lupa pula pada ella yang dolu-dolu kawan aku juga. Tapi lepas habis sekolah, mak-mak kami pula yang sambung kawan. Tak tau la kunjungan tuh dari cikpah sebagai kawan cik jijon atau ella sebagai kawan aku.

Bila dah jumpa kawan, nak tak nak nostalgia lama mesti keluar. Ella cerita kat aku pasai batch smj 93-98 dalam friendster. Aku sungguh-sungguh lost contact dengan geng sekolah aku. Depa la nih berhubung melalui friendster ja sampai jemputan kawin pun melalui friendster. Nampaknya, aku sorang saja yang tadak friendster. Ella kata elok juga aku lost contact dengan semua orang sebab masa –masa sekarang nih semuanya pakat cari kawan sebab nak tunjuk lagak. Maklum la, yang duduk overseas pun semua dah balik, pastu semua pakat cerita pasai kerja yang gaji ribu-ribu dan dah start tayang boyfriend pilot dan girlfriend doctor. Pendek kata…friendster tuh medan nak tunjuk lagak ja, begitu lah menurut kata ella. Girlfriend lama aku pun dengar kata dah balik dari overseas dan dah nak bertunang. Aku juga single mingle…huhuhu.

Lepas cikpah balik, ingat nak rehat sat. Tapi sampai pula sedara-sedara dari SP. Istilah rehat memang tadak dalam kamus hari raya. Wah, acu sayang dah ada Mercedes. Semua orang makin kaya. Tapi pasai apa acu sayang makin tak cantik. Betui kata hadie, kalau orang tuh kecik-kecik cantik, bila besar mesti tak cantik. Aku masa kecik-kecik semua orang kata aku comel, masa muda remaja Lili Too kata aku cute, dah tua nanti mesti handsome punya lah.

Di waktu malam ini…


Aku tengah nazak boring nih. Tiba-tiba teringat plak pasai cerita friendster siang tadi. Aku pun terus lah jenguk-jenguk friendster tuh. Nak tau aku jumpa apa? Tarraaa….

inilah mona...hehehe.

Kalau dah ada mona, mesti kena ada...


mad shabandi. tengok...lebai terbang sebab mona la tuh

adoi laa...nak terburai usus perut aku kenang kisah depa dua nih. akhirnya masing-masing dah jumpa orang lain dan mad shabandi pun dah kawin.

ini shiong shiong, budak paling pandai kat sekolah aku. no malay students can ever beat him in school.


ini seducer paling besar kat sekolah aku, high class punya


budak paling aku benci dalam kelas

Aku sungguh-sungguh tak kenai mamat nih. sib baik gigi dia ja yang tak berubah, so aku boleh pastikan dialah budak paling aku benci dalam kelas. Aku dah ban dan blacklist satu keturunan dia. Tapi ntah kenapa kat dalam friendster, macam happening plak mamat nih. Apa pun, kata mesti dikota...aku tetap benci dia seumur hidup.

Sesungguhnya aku memang dah tak kenai ramai kawan-kawan aku terutama yang lelaki. Banyak sungguh perubaha yang sungguh mengejutkan aku. Maka janganlah sekali-kali kita memandang rendah pada manusia walau sebangsat mana pun dia menjadi kerna dengan kuasa tuhan dia pasti menjadi seseorang.




No comments: