Lebaran 2007


Salam lebaran 2007.

Rutin lebaran tak banyak berubah cuma ahli keluarga yang bersilih ganti. Yang rajuk sudah kembali, yang terasa hati pula pergi.

Aku bukan seorang yang begitu praktikal tapi cukup merasai. Tindakan demi tindakan penuh penghayatan. Namun ada sekadar meraikan lebaran untuk bersuka ria dan bercerita kehebatan. Aku hampir menangis mendengar khutbah raya yang menyeru kepada keinsafan diri di atas segala dosa terkumpul setahun. Lebih pilu bila cerita adik Nurin turut diselit buat sama-sama mengadili kejahilan manusia tanpa insani. Namun ada juga suara-suara yang megah bercerita pencapaian diri di rumah Allah. Tahmid, tasbih dan takbir tinggal seruan.

Sambutan lebaran agak meriah. Tahun ini lebih ramai sanak saudara berkumpul, entah kenapa. Sekali lagi kehebatan diri jadi taruhan isi cerita. Mungkin aku berharap lebih bila ada yang akan bercerita tentang cerita-cerita kehidupan atau mungkin juga program angkasawan Malaysia yang pertama. Hahaha…apalah sangat cerita angkasawan Malaysia tuh berbanding cerita-cerita peribadi di hari raya di hadapan sanak saudara. Mungkin juga aku yang terlebih teruja dengan program angkasawan nih hingga siang malam membaca dan menonton kisah-kisah angkasa lepas. Ingat, aku pernah tulis untuk jadi angkasawan sebagai cita-cita dalam kad pelajar. May be, it’s time to dream again.

Pakchaq li yang aku selalu cerita pasal kerera rayanya tuh pun mai beraya semalam. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku tak suka pada kereta rayanya. Apahal naik Estima plak ni, jatuh darjat terus.

Selepas penat layan tetamu, masa untuk keluarga aku pula pergi beraya di petang hari. Masa beraya di rumah toklong chen, aku dapat salasilah keluarga aku untuk 10 keturunan. Paklang la yang pandai-pandai cerita kata aku buat salasilah keluarga, terus dah jadi panjang cerita. Masa balik tuh, toklong bagi aku satu salinan yang telah dikemaskini dengan elok. Bukan senang dia nak bagi kat orang sebab toklong chen dah bersusah payah merantau mencari maklumat, paling tidak pun dia akan suruh salin saja. Tapi aku dapat satu salinan…hehehe.

Macam nak tergelak pulak bila tengok generasi pertama tuh berketurunan Arab Quraish dari Yaman. Sekarang nih pun sepupu aku yang sedang belajar di Yaman tengah trace salasilah di bahagian Yaman juga dan dia dah jumpa sikit la. Ermmm…sekarang tau la aku pasai pa orang-orang dalam keluarga aku ni garang-garang nak mampus. Dan sesungguhnya itu amat menyedihkan aku.

Dulu, kini dan selamanya aku tak akan pernah menyukai keluarga aku, cuma aku hanya mampu redha dan bersyukur di atas kurniaan tuhan berbanding mereka yang yatim piatu.

Ermm..kenapa Mahadi dan Nila tak mai beraya tahun nih? Atau mungkin depa mai tapi aku tak perasan sebab terlalu sibuk melayan orang yang ramai sangat semalam. Alamak, ada orang mai beraya pula, adios.

No comments: