Petang tadi, buat pertama kalinya aku ke bank untuk tukar duit raya. Ramai juga orang yang beratur di kaunter. Tahun ni aku mengeluarkan duit sendiri untuk diberi kepada sepupu kecilku dan juga maktok pada hari raya nanti. Walaupun bulan ni gaji aku hanya dua ratus, tapi aku tetap sediakan duit raya tahun ni demi maruah. Tak mampu lagi rasanya saban tahun mengambil nama memberi duit raya sedangkan itu adalah duit cik jijon.
Biarlah bulan nih tak bayar hutang, asalkan bagi duit raya sebab hari raya orang tak kutip hutang. Tapi lepas raya memang ada orang kutip hutang. Aku pun tak boleh salahkan mereka. Sepupu-sepupu kecilku hanya tahu orang besar pasti kerja, ada kerja mesti ada duit banyak, ada duit banyak mesti bagi duit raya. Orang tua-tua pula melihat pemberian duit sebagai tanda kasih dan ingatan.
Ermm…tahniah juga kepada Dr. Sheikh Muzaphar sebab sudah terpilih ke angkasa lepas..confirm. Harap-harap dia dapat buat semua rakyat
Ingat balik masa kecik-kecik dulu. Sebenarnya cita-cita aku nak jadi legend. Itu cita-cita pertama aku. Tak kira la jadi penentang penjajah ka, perwira ka, orang pertama sebagai apa ka, janji aku nak jadi legend untuk dikenang oleh bangsa ku. Aku selalu bayangkan rumah aku akan jadi muzium atau memorial house. Tapi ada orang cakap pada aku jangan terbang terlalu tinggi, kalau jatuh tak mampu berdiri lagi. Aku pun jadi la realistik sikit lalu memilih doktor sebagai cita-cita.
Kepada Dr. Sheikh, tahniah kerana mengharumkan nama bangsa dan Negara. U will be remembered as a legend by generations.
Lepas maghrib dengar suasana sedikit meriah di luar rumah. Rupanya ada ceramah kat surau sebelah yang dah lama tak berjemaah. Aku
Aku berdoa semoga semua umat Islam mendapat hidayah di bulan Ramadan ni dan hidup saling berkasih sayang. Amin.

No comments:
Post a Comment