VITATO Enak Lagi Berkhasiat...

Vitato…
ada Vitato briyani,
ada juga Vitato ayam,
masa kenduri makan Vitato minyak.

Jom makan ubi. Namanya indah...VITATO, khabarnya untuk kesihatan. Mungkinkah indah nama dari khabar.

Bapak-bapak pemimpin yg cemerlang, gemilang lagi terbilang. Zaman berperang makan ubi, sudah gemilang pon mahu makan ubi juga ka? Pasti Sarjan Hassan ketawa terbahak-bahak.

Lu pikir la sendiri wahai pak lah dan tok pa.

Sekali pun kami mahu makan ubi, biarlah kerana keinginan kepada keenakan dan seperti yang di war-warkan untuk kesihatan TETAPI bukan kerana tak mampu membeli beras. Ini tanah melayu, sawah bendang menjadi periuk nasi. Lain la orang kenaamaan yang lidah pelat berbahasa barat, perut kenyang dengan roti dan smash potato.

Renungkan lah sejenak. Saat ini si miskin merayu untuk sesuap nasi, apa mungkin kelak mereka merayu untuk sebatang ubi bila yang kaya juga sudah makan ubi. Apa lagi yang hendak dirayu mereka. Mungkin ulam-ulaman pula kot.

Tiap hari aku berjalan menelusuri kaki-kaki lima sekitar pejabat ku.
Di gerai-gerai itu nasi tetap menu utama pilihan pelanggan pelbagai kaum.
Ah Chong buffet juga penuh dengan apek dan nyonya yang sedang makan nasi.
Nasi kandar tetap pilihan warga Penang.

Betul kah beras naik harga? Benarkah harga nasi sudah naik? Seakan tidak percaya bila aku melihat manusia-manusia itu masih berselera menjamu hidangan nasi berlauk.

Tidak terpukul langsung dengan berita masalah kenaikan harga beras yang hangat di berita-berita tv mahupun suratkhabar. Bermacam-macam teori yang tumbuh macam cendawan dari cendiakawan-cendiakawan kita. Teori bodoh juga sanggup dikeluarkan asalkan muka aku masuk tv. Maka, kajian saintifik pun mulai giat dijalankan bagi mengkaji khasiatnya ubi seterusnya mmebuktikan kebaikannya kepada rakyat jelata.

ah'ha...itu cara orang bijaksana yang penuh teori membodohkan orang kampung yang hidup praktikal.

Aku sendiri tak punya masalah jikalau harga beras naik kerana nasi bukan kegemaran ku. Aku boleh hidup tanpa nasi tapi aku adalah minoriti. Majoriti nya Melayu makan nasi. Lebih tepatnya Malaysian makan nasi.

Jangan cuba menukar birunya langit di angkasa sana, tapi hijaukan langit di padang itu. Kita mungkin boleh menukar selera dari nasi kepada roti atau spagetti di kota London tapi sukarnya untuk melupakan nasi dan sambal belacan di bumi Malaysia.

VITATO Enak Lagi Berkhasiat...pesanan khidmat penaja dari Kerajaan Malaysia.



No comments: