Ke bintang kejora.
Semalam aku terfikir mungkin suatu hari nanti akan berbeza sama sekali. Mungkin aku sendirian sekarang tetapi siapa tahu, aku bakal punya teman seluas benua. Ermm…mungkin juga aku akan tetap sendirian, kesunyian menjalani usia-usia tuaku.
Anak dara tua…mudah untuk manusia itu mengejek-ejek. Tetapi tahukah mereka setiap insan ini pastinya ingin hidup berpacaran. Namun, pasti ada sebabnya hingga ada yang masih tidak berteman. Budak-budak perempuan di pejabat ku semuanya sudah menjangkau 30-an dan mereka masih lagi membujang. Aku tak pernah
Bosku juga tidak pernah berkahwin walaupun sudah hampir 60-an usianya. Tetapi kami semua bukanlah
Bila ada lelaki-lelaki yang bersuara perempuan, pastinya sensitiviti cik adik- cik adik ini tersentuh. Maka mula lah perbalahan antara dua makhluk. Fahamilah lelaki, perkataan ‘ANDARTU’ itu cukup sensitif buat perempuan. Beri lah mereka kesempatan buat mereka menikmati hidup sebelum tiba masanya.
Memang dunia sudah maju dan isu kawin lewat atau tidak berkahwin bukan lagi janggal di mata masyarakat tetapi tidak di mata melayu mahupun di fikiran mereka yang konvensional.
Begitulah hidup…
di waktu kecil masyarakat selalu bertanya …
…berapa ‘A’ kamu dapat dalam exam
Sudah habis SPM…
…tak masuk universiti ka
…universiti mana kamu belajar
…bila nak grad ni
Sudah grad…
…dah dapat kerja ke belum
…kerja apa sekarang
Sudah kerja…
…bila nak kawin
…kenapa tak kawin lagi
…tak ada orang nak ka
Aku tidak tertekan dengan usikan nakal mereka. Bila tiba masanya, bila ketemu jodohnya, bila ada keinginannya…INSYAALLAH, aku juga akan hidup berkeluarga.

1 comment:
kita kan nak kawin dorang...?
:D
Post a Comment