Apa cerita ni...

Ke bintang kejora.

Ada apa di bintang kejora. Makanya manusia di bumi ini ingin sekali berbulan madu hingga ke sana. Mungkin kepandaian dan tuah nasib ku tak mungkin dapat membawa aku hingga ke sana seperti mana gahnya Dr. SMS berhari raya di angkasa raya.

Semalam aku terfikir mungkin suatu hari nanti akan berbeza sama sekali. Mungkin aku sendirian sekarang tetapi siapa tahu, aku bakal punya teman seluas benua. Ermm…mungkin juga aku akan tetap sendirian, kesunyian menjalani usia-usia tuaku.

Anak dara tua…mudah untuk manusia itu mengejek-ejek. Tetapi tahukah mereka setiap insan ini pastinya ingin hidup berpacaran. Namun, pasti ada sebabnya hingga ada yang masih tidak berteman. Budak-budak perempuan di pejabat ku semuanya sudah menjangkau 30-an dan mereka masih lagi membujang. Aku tak pernah cuba menyibuk hal mereka tetapi cerita-cerita sebegini selalunya tak mampu di simpan di dalam tempayan.

Bosku juga tidak pernah berkahwin walaupun sudah hampir 60-an usianya. Tetapi kami semua bukanlah cuba menjalani hidup sepertinya yang mungkin nampak selesa dan bersenang-senangan. Tiap hari perempuan-perempuan itu selalu memikirkan jodoh mereka. Walau mencuba tetap saja ada halangan walau lelaki selalu alasannya. Sebenarnya, sememangnya jodoh belum tiba.

Bila ada lelaki-lelaki yang bersuara perempuan, pastinya sensitiviti cik adik- cik adik ini tersentuh. Maka mula lah perbalahan antara dua makhluk. Fahamilah lelaki, perkataan ‘ANDARTU’ itu cukup sensitif buat perempuan. Beri lah mereka kesempatan buat mereka menikmati hidup sebelum tiba masanya.

Memang dunia sudah maju dan isu kawin lewat atau tidak berkahwin bukan lagi janggal di mata masyarakat tetapi tidak di mata melayu mahupun di fikiran mereka yang konvensional.

Begitulah hidup…

di waktu kecil masyarakat selalu bertanya …

…berapa ‘A’ kamu dapat dalam exam

Sudah habis SPM…

…tak masuk universiti ka

…universiti mana kamu belajar

…bila nak grad ni

Sudah grad…

…dah dapat kerja ke belum

…kerja apa sekarang

Sudah kerja…

…bila nak kawin

…kenapa tak kawin lagi

…tak ada orang nak ka

Aku tidak tertekan dengan usikan nakal mereka. Bila tiba masanya, bila ketemu jodohnya, bila ada keinginannya…INSYAALLAH, aku juga akan hidup berkeluarga.

1 comment:

Anonymous said...

kita kan nak kawin dorang...?
:D