Oh Klinik Mata
Satu kenyataan boleh membuatkan kita terkeliru seketika. Kerana itu kita dikurniakan tuhan 5 pancaindera supaya kita boleh mengolah satu kenyataan dengan maksud yang berbeza dengan bantuan pancaindera.
Mata ini telah menyaksikan segala kecantikan alam maya juga kerosakan hidupan angkara perbuatan makhluk yang menghuni di bumi ini. Namun mata ini memilih untuk terus melihat kecantikan dunia dan semogo aku berupaya mengelilingi dunia Australia atau Belgium atau Hong Kong namun yang pasti aku ingin sekali ke Italy.
Di saat aku merasa jatuh, aku merasa kasih sayang dari mereka di sekeliling ku. Mungkin aku kenal benar dengan mereka, mungkin juga itu pertama kali dan terkahir kali aku bertemu mereka, tetapi aku telah meyerap kasih sayang itu dari mereka. Mungkin mereka sedar akan kasih sayang yang diberi, mungkin juga mereka tak berniat langsung untuk memberi kasih sayang itu, tapi aku tetap merasanya.
Mungkin juga aku telah menunjukkan kasih sayang aku kepada sesiapa sahaja dan aku mahu semua orang tahu betapa bahagianya hidup punya kasih sayang di dunia ini.
Namun hidup ini kadang kala tidak terduga. Masih ada yang terpaksa memilih perpisahan meskipun kasih sayang itu masih punya. Dan jika perpisahan itu boleh menambahbiakkan kasih sayang itu, lakukan lah.
Dalam perjalanan ku ke kuliah, aku melihat beberapa kali kelasi-kelasi kapal sedang bersiar-siar di jetty Penang. Tiba-tiba teringat aku kisah cinta Tam dan Captain Steve di tahun 50an dahulu. Aku juga punya cita-cita untuk belayar mengelilingi dunia. berhenti di setiap pelabuhan, meninjau-ninjau kota-kota cantik di dunia ini.
Satu hari nanti aku akan belayar dengan Star Cruise ke Italy. Ermmm...Star Cruise pi Italy ka? Kalau aku mampu memiliki kapal layar aku sendiri nanti, aku akan namakannya 'Lady ZZ'. Amacam...ok tak?A
Oii..incik Hadie, apa kata kita pi Belgium naik kapal laut. Gua sanggup pinjam along, asal boleh naik kapal laut.\
Esok aku mula kerja di tempat baru...DELL. kan best kalai Jim yang jadi CEO kat DELL. Semoga aku boleh kaya kerja di DELL.
ok laa..nak masuk kelas ni.

No comments:
Post a Comment