Apa dah jadi dengan Bandaraya Alor Star?
Lengang dan sunyi sepi.
Mana pi semua warga Alor Star?
Adakah semua warga Alor Star sepi belaka?
Tadi petang aku memang bercadang ke library dan merancang berjumpa Hadie di rumah Tok Su.
Tapi…
Maktok minta aku temankan dia ke Alor Star. Jadi, aku tak punya pilihan. Sekali lagi mengorbankan hasrat hati untuk keluarga.
Tiba di Alor Star jam 6 petang. Aku ingat aku telah sampai ke daerah yang baru saja dilanggar garuda. Selalunya waktu-waktu sebegitu di bulatan Teluk Wanjah memang sesak dengan kereta. Maktok juga setuju yang Alor Star sudah seperti tak berpenghuni.
Mungkin semua manusia kini terarah ke Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah. Long reign cik Halim. Allah panjangkan usia Tuanku.
Aku memang terkejut sewaktu balik kampong Jumaat malam lalu apabila melihat istana Anak Bukit sungguh bergemerlapan di waktu malam. Aku rasa belum pun sepurnama lamanya aku tinggalkan kampung halaman, namun sudah banyak perubahan yang berlaku. Bangunan-bangunan kerajaan di Bandar Anak Bukit juga sudah siap dan berpenghuni.
Namun ada yang lebih mengejutkan aku yakni bila tiba di rumah ku sendiri. Sesungguhnya aku sungguh benci pada istilah “under construction”. Ya tuhan, Kau tutupkan lah hati ibuku untuk merenovate rumah kami lagi. Pleaseeeeee.

No comments:
Post a Comment